@melakatv: LEBIH 1,000 PENYOKONG IRINGI TOK AJAK 31 Oktober – Lebih 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berhimpun dan mengiringi calon N23 Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Komuniti Desa Telok Mas, di sini, bagi penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. Kumpulan penyokong BN yang memakai baju biru dilihat berkumpul seawal jam 7.30 pagi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas sebelum berarak menuju ke pusat penamaan calon. 🎥 Fitri Shareena Rahim #PilihanRayaMelaka #barisannasional #telokmas #mhi #melaka #melakahariini #melakatv