@mediaselangor: Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak campur tangan dalam urusan mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas tamat penempatan beliau sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS). Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, perkara itu merupakan urusan pentadbiran kementerian berkaitan, manakala peranan AGC hanya memberikan pandangan dari sudut perundangan. #MediaSelangor #AKPS #PeguamNegara