@melakatv: 31 Oktober- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid mahu memberi tumpuan kepada usaha menjaga kebajikan dan menyelesaikan masalah penduduk sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Beliau berkata, tanggungjawab membantu rakyat perlu menjadi keutamaan berbanding pendekatan politik yang boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Menurutnya, BN tidak mengamalkan kempen berunsur fitnah dan hasutan, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada usaha serta khidmat kepada rakyat. 🎥 Salman Hamat #PRN #Melaka #PenamaanCalon #lendu #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV