@penjarapokoksenaofficial: MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA TAMAT LATIHAN PRAKTIKAL PESERTA KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 1/2026 DI PENJARA POKOK SENA, KEDAH *29 OKTOBER 2026*– Majlis Makan Malam sempena tamat latihan praktikal bagi peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2026 telah diadakan bertempat di Kafeteria Seri Menanti, Penjara Pokok Sena. Majlis ini diadakan bagi meraikan seramai 40 orang peserta kursus dari Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN) Perlis yang telah menjalani latihan praktikal di institusi ini bermula 19 hingga 31 Oktober 2026. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena , PKP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, TPP Mohd Rafiee bin Abdullah, TPP Mohd Annas bin Othman, TPP Mohamad Hafizie bin Mat Nawi serta TPP Muhammad Anas bin Abu Yaziz. Penganjuran majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kepada para peserta sepanjang menjalani latihan praktikal, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Semoga segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang tempoh latihan praktikal ini dapat dimanfaatkan sebaiknya sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap jabatan. #jabatanpenjaramalaysia #penjarapokoksena #generasimuda #fyppppppppppppppppppppppp

Penjara Pokok Sena Official
Penjara Pokok Sena Official
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 31 October 2026 08:22:14 GMT
18570
407
0
56

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @penjarapokoksenaofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About