@ohmymedia.cc: Seramai 13 Ahli Parlimen yang menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani pada Khamis lalu masih kekal sebagai pembangkang dan bebas mengkritik kerajaan. Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan, perjanjian itu tidak bermakna mereka perlu menyokong semua dasar kerajaan, sebaliknya membolehkan kawasan Parlimen terbabit menerima peruntukan pembangunan secara setara. "Mereka masih pembangkang, masih boleh kritik kerajaan dan masih boleh semak dan imbang. "Bukan kena sokong semua perkara. Jadi, tak semestinya bila berbeza parti, semua perkara kita kena bergaduh. "Kita boleh berbeza pandangan dalam politik, tapi bila melibatkan kepentingan rakyat, kita mesti boleh bekerjasama," jelasnya menerusi video di Facebook. Terdahulu, CSA dimeterai bersama enam Ahli Parlimen BERSATU, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta enam Ahli Parlimen Bebas. Kesemua mereka bersetuju menyokong kerajaan dalam undian penting termasuk Belanjawan 2027, usul undi keyakinan dan reformasi institusi, namun tetap berhak menjalankan fungsi semak dan imbang.

Oh My Media
Oh My Media
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 31 October 2026 11:15:00 GMT
2874
44
1
1

Music

Download

Comments

ahmadfaizalazmanofficial
Ahmad Faizal Azman :
2026-10-31 12:52:43
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About