@ahmad1909: Resepi Terung Kentang & Bilis Kicap Jangan lupa save. Bahan-bahan * 1 biji terung panjang (dipotong) * 2 biji kentang (dipotong) * Segenggam ikan bilis * Kicap secukupnya Bahan Hiris * 2 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih * 1 tangkai cili besar hijau * 3 tangkai cili padi merah dan hijau Cara-cara 1. Panaskan minyak dan goreng terung, kentang serta ikan bilis secara berasingan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili besar hijau dan cili padi yang telah dihiris. 3. Tumis sehingga bahan-bahan menjadi garing dan naik bau. 4. Masukkan kentang, terung dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. 5. Tuangkan kicap secukupnya dan gaul rata sehingga semua bahan bersalut dengan kicap. 6. Setelah semuanya sebati, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Tip: Goreng terung, kentang dan ikan bilis secara berasingan supaya setiap bahan masak dengan elok. Gaul perlahan-lahan selepas memasukkan kicap supaya terung tidak mudah hancur. Selamat Mencuba 😋 #resepi #laukkampung #menuharian
Vtt En Ahmad slalu masuk dlm akaun saya semestinya saya cuba..lauk sedap kena dengan selera kampung saya.Anak2 pasti suka makan sedap katanya..lauknya simple sesuai dgn selera keluarga kami.🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2026-10-31 22:55:46
1
AHMAD🫧 :
lauk hujung bulan macam ni makan bertambah nasi
2026-10-31 13:40:56
0
Bukan TyrA🦋 :
Mengundang bethol
2026-10-31 16:54:32
1
princess umpai pink 106603 :
mun aku masak confirm laki aku balik2 makan ane
2026-10-31 23:49:24
0
Liliys :
ni 2pinggan pun x cukup 😅
2026-10-31 13:50:17
1
Sarifah Mohd Assi :
tq resepinya
2026-10-31 23:57:29
0
qasehaqashah :
sedap sgt..tq share resepi
2026-10-31 23:17:26
0
Putri Jannah :
👍
2026-10-31 23:05:29
0
Safarah83 :
lauk mcm ni lg sedap ...
2026-10-31 14:09:00
0
BangMin :
kalau tengah diet ni yang nak marah niii, ada menu diet dak bang? 😁
2026-10-31 15:19:58
0
ahmadripaieripaie :
2026-10-31 13:44:39
0
NB :
2026-10-31 14:13:02
0
princess umpai pink 106603 :
kalau isteri nya masak dia cakap sedap isteri aku masak.tentu lah aku masak sedap.
2026-10-31 23:52:08
0
nami_abdullah1726 :
sedap kentang n ubi u hehehe 😋😋😋 ....
2026-10-31 14:01:34
0
AHMAD🫧 :
lauk simple dan sedap macam ni makan time hujan ni sedap 😋
2026-10-31 13:40:26
0
ZAM45 :
🤲🤲
2026-11-01 00:18:41
0
To see more videos from user @ahmad1909, please go to the Tikwm
homepage.