@berita.ks: SHAH ALAM, 31 Okt - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah gering selepas disahkan dijangkiti virus Influenza A, menurut kenyataan Istana Alam Shah, hari ini. Gejala jangkitan mula dikesan pada pagi Jumaat apabila baginda mengalami demam panas yang tinggi serta kelemahan anggota badan. Perkara itu disahkan oleh doktor peribadi baginda, Datuk Dr Anuar Onah dan Datuk Dr Tan Hui Meng, selepas menjalankan pemeriksaan kesihatan. “Gejala jangkitan mula dikesan pada pagi Jumaat, 30 Oktober (semalam) apabila baginda mengalami demam panas yang tinggi serta lemah anggota badan. “Berdasarkan penilaian mereka (doktor), baginda berkemungkinan mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis keramaian dan berinteraksi dengan orang ramai, termasuk di kawasan terbuka,” menurut kenyataan Istana Alam Shah. Keadaan kesihatan baginda kini dilaporkan semakin pulih meskipun masih mengalami demam. Sehubungan itu, doktor menasihatkan baginda supaya berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis selama lima hingga tujuh hari bagi membolehkan proses pemulihan berjalan sepenuhnya. Susulan perkembangan tersebut, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan ke 7 November depan. Istana Alam Shah turut memohon semua pihak yang terlibat mengambil maklum mengenai perubahan tarikh berkenaan serta mengajak rakyat mendoakan agar baginda diberikan kesembuhan segera. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Saturday 31 October 2026 13:46:40 GMT
Music
Download
Comments
Yuzli Mohd Yusoff :
semoga diberi kesembuhan
2026-10-31 15:15:50
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.