Man. :
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya dan menjadi seseorang yang begitu bermakna, seseorang yang telah mengajar saya erti bahagia, kasih sayang, kesetiaan dan bagaimana rasanya mempunyai tempat untuk pulang ketika dunia terasa begitu melelahkan..kehadiran kamu mungkin hanya satu bahagian daripada perjalanan hidup saya, tetapi kenangan, perhatian dan setiap detik yang pernah kita lalui akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya, kerana bukan semua orang yang hadir mampu meninggalkan makna sedalam ini, Walaupun takdir tidak lagi menempatkan kita dalam perjalanan yang sama, saya tetap bersyukur kerana pernah dipertemukan dengan kamu, kerana kehadiran kamu pernah menjadi salah satu bahagian terindah dalam hidup saya, dan meskipun kini kamu telah menemui seseorang untuk meneruskan perjalanan hidup bersama, saya akan tetap menghargai segala kenangan yang pernah kita cipta tanpa mengharapkan apa-apa untuk kembali seperti dahulu. Namun, jauh di sudut hati, saya menyimpan penyesalan yang begitu besar atas kesilapan saya sendiri, kerana terlalu mengikut emosi, tidak cukup menghargai, tidak menjaga apa yang sepatutnya saya pertahankan sehingga akhirnya saya sendiri menjadi sebab kehilangan seseorang yang pernah saya takut untuk lepaskan..seandainya masa boleh diputar kembali, saya ingin memperbaiki setiap kesalahan, menarik semula kata-kata yang pernah melukakan dan memberikan kasih sayang yang sepatutnya kamu terima, tetapi saya sedar penyesalan tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku, dan saya hanya mampu berharap kamu tahu bahawa kehilangan ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya terima, kerana saya bukan menyesal pernah mencintai kamu, tetapi saya menyesal kerana tidak mencintai kamu dengan cara yang sepatutnya ketika saya masih mempunyai peluang.
2026-11-18 11:53:37