@hotice23_: Selangor FC mahu meneruskan rentak kemenangan apabila menerima kunjungan Star City FC di Stadium MBPJ, malam ini. Namun, Kim Pan Gon tidak mahu anak buahnya terlalu selesa dengan prestasi semasa. Beliau turut menegaskan aspek pertahanan perlu diperbaiki bagi mengelakkan pasukan mudah dibolosi dan dihukum menerusi serangan balas. Lebih menarik, Star City pernah menewaskan Gergasi Merah 3-2 di MBPJ dalam aksi suku akhir kedua Piala FA sebelum ini! 🔥 Mampukah Selangor membalas kekalahan tersebut dan mengutip tiga mata penting di laman sendiri? 👀 #ligamalaysia #ligasupermalaysia #selangorfc #kimpangon #malaysiafootball