@akang_welter: ISKANDAR PUTERI - Polis menahan tiga individu selepas pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan pinjaman wang di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai, yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 34 hingga 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Menurutnya, kejadian berlaku antara dua pihak yang saling mengenali sebelum bertukar menjadi pergaduhan fizikal. Dalam insiden itu, seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami patah kaki kanan selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu salah seorang individu terbabit. Mangsa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Polis turut merampas kereta berkenaan dan sedang mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit. Ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek didapati negatif dadah, manakala semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri ketika menyelesaikan perselisihan faham serta mengelakkan penyebaran spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Informasi & Viral Video
Informasi & Viral Video
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 01 November 2026 02:42:13 GMT
3781
37
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @akang_welter, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About