@mantukabrunei: Seramai kira-kira 80 pemilik motosikal Vespa dari seluruh negara menyertai program Vespa Day Ride sempena sambutan ulang tahun ke-80 jenama Vespa yang berlangsung hari ini. Acara yang dianjurkan oleh Auto Makmur Sdn Bhd bersama komuniti Vespa Brunei itu bertujuan menghimpunkan peminat dan pemilik Vespa dalam suasana penuh muhibah sambil meraikan lapan dekad legasi jenama skuter ikonik yang diasaskan pada tahun 1946. Program bermula seawal jam 7 pagi di McDonald's Lambak dengan ketibaan peserta untuk sesi pendaftaran. Para peserta turut menerima jaket khas edisi ulang tahun ke-80 Vespa sebelum menghadiri bacaan doa selamat, taklimat keselamatan dan penerangan laluan perjalanan. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar berkumpulan dan jamuan ringan sebelum konvoi memulakan perjalanan. Pada jam 8.30 pagi, konvoi Vespa secara rasmi memulakan perjalanan menuju ke Daerah Temburong. Rombongan peserta menempuh laluan merentasi Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien sebelum tiba di destinasi utama mereka di Restoran DePatoi, Temburong pada jam 9.30 pagi. Ketibaan peserta disambut oleh beberapa tetamu jemputan termasuk Awang Arbi bin Haji Shahari, Penghulu Mukim Zon 1, serta Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ketua Kampung Labu Estate dan Piasau-Piasau. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengiran Qahar Ibnu selaku Pengarah Eksekutif sebelum acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-80 Vespa diadakan. Antara aktiviti utama yang berlangsung ialah upacara memotong kek ulang tahun ke-80 Vespa, sesi fotografi bersama peserta dan tetamu kehormat serta penyampaian jaket eksklusif ulang tahun ke-80 Vespa kepada tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan dan kenangan sempena sambutan bersejarah tersebut. Program kemudian diteruskan dengan jamuan makan tengah hari yang turut memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi, bertukar pandangan serta mengeratkan lagi hubungan persahabatan dalam kalangan komuniti Vespa dari seluruh negara.
MANTUKA
Region: BN
Sunday 01 November 2026 03:21:58 GMT
Music
Download
Comments
Mr Lapar G4 :
How to join your team?
2026-11-01 09:00:32
0
Siti Abdullah :
Interesting! 🔥 I need to get my motorcycle licence first. 🫡
2026-11-01 09:52:24
3
user3837976010384 :
Another request, Appreciate/please don't block half the road all the way cause roads in Brunei are design for other vehicles aswell.
2026-11-01 05:09:09
0
decoco_bakery :
asta rugi nda join 😁
2026-11-01 10:18:21
0
G10 :
Al hamdulilah. teruskan Tuan , biar anak muda pakai vesper terbaik
2026-11-01 08:42:12
0
Awangbiskut :
Klu ku ta dpt mau ku join ni..siuk santai sja
2026-11-01 07:44:38
0
wen :
siuk ihhh
2026-11-01 07:11:03
0
misshonda :
🥰🥰🥰
2026-11-01 12:45:47
0
To see more videos from user @mantukabrunei, please go to the Tikwm
homepage.