@prnmelaka26: SAYA CALON UNDERDOG: YUNAZRI MASJID TANAH : Tidak tahu apa sebenarnya berlaku di peringkat atasan, calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Yunazri Mustamiri yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara, berkata, beliau hanya calon 'underdog'. Mynewshub difahamkan, calon sepatutnya adalah dari parti Bersatu, hasil kerjasama PH-Bersatu yang dimeterai baru-baru ini. Namun, takdir memilih Mohd Yunazri untuk tampil melawan penyandang DUN N.02 Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Menyedari kerdilnya diri, Mohd Yunazri berkata, beliau hanya calon 'underdog' dan mengakui banyak cabaran perlu ditempuh untuk berhadapan dengan Ketua Menteri Melaka yang juga dikenali Tok Rauf. Lebih mencabar kerana pencapaian Kad Laporan Ab. Rauf terlalu cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat. Ini kerana, katanya, hampir tiada isu yang boleh dijadikan umpan untuk memenangi hati pengundi N.02 Tanjung Bidara. “Isu setempat? Sebenarnya agak sukar sebab ini kawasan CM (Ketua Menteri). Saya tengok, dia betul-betul jaga kawasan dia,” katanya kepada media selepas penamaan calon. Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Mohd Yunazri akan melawan Ab Rauf dari Barisan Nasional (BN). Menjawab soalan adakah beliau bakal menjadi ‘giant killer’, Mohd Yunazri menjawab: “Insyaallah, rezeki kita..kita tak tahu. Kita hanya berusaha sahaja,” Mengulas fokus kempen, beliau yang pertama kali bertanding berkata, jentera pilihan rayanya bergerak sederhana dalam berkempen. “Kami tidak akan over dalam berkempen. Itu pesan Presiden kami,” ujarnya. Mengenai wujud penolakan pengundi terhadap calon PH, katanya, beliau tidak tahu apa yang pengundi hendak sebenarnya. “Tetapi kami akan beri pilihan dan mereka (pengundi) boleh pilih siapa yang sesuai dan siapa yang nak mereka ikut. “Tipulah saya kata, di tempat CM (ketua Menteri) ini, majoriti undi akan pergi ke saya. “Kita nampak penyokong hari ini, kebanyakannya berpihak ke sana (BN), tetapi itu belum membuktikan apa-apa. 14 haribulan nanti, baru kita akan buktikan,” tambahnya. #kitagengbiru #BNSayangRakyat #MelakaSayangRakyat #GelombangBiruMelaka #JomBirukanMelaka

N2 PRN_MELAKA2026
N2 PRN_MELAKA2026
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 01 November 2026 05:39:30 GMT
7305
143
15
29

Music

Download

Comments

wai5933
Wal5933 :
comfirm hilang deposit...[Laugh approved][Laugh approved][Laugh approved]
2026-11-01 20:11:40
0
amy..70
Hadi PT70 :
hancur
2026-11-01 07:41:08
3
ajeeb6434
Hairunnajeeb :
2026-11-01 14:46:45
1
nurlelazk
Nur lela zk :
2026-11-01 14:13:57
1
elihsan5512
El ihsan :
Game over
2026-11-01 17:08:50
0
kakipayung5
coronavirus :
2026-11-01 14:35:14
1
shekamsah17
𝓒𝓽 𝓛𝓪𝓾𝓻𝓪(Shida Kamsah) :
2026-11-01 15:21:10
0
panda_bongsu
panda_bongsu 🍉 :
2026-11-01 17:25:53
0
idzuari
RIdz Azli :
2026-11-01 12:14:27
0
1m4u05311
ANAK❌️MELAKA :
kakaka
2026-11-01 15:13:26
0
abdazizzzzz
Jizzzzz :
dah tahu dia buat keje kenapa kau sibuk nak bertanding🤣🤣🤣
2026-11-01 14:53:08
1
babahdiann14
Faizz :
Tangkap muat
2026-11-01 13:52:11
0
sylvester_jack94
D.Ace :
🤣🤣🤣
2026-11-01 13:14:17
0
_yaya.mohd
Yaya.mohd :
Penampakan @Rahmankayy😂 ker tuu
2026-11-01 16:42:06
0
weareraffaun
R€@L_RN :
[Tears of joy][Tears of joy][Tears of joy]
2026-11-01 11:53:07
0
To see more videos from user @prnmelaka26, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About