@mohamadshahrizal7: Bangunan Saujana bakal diroboh, kawasan jalan masjid dibangunkan semula KUCHING-- Bangunan Saujana di Jalan Masjid, di sini bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan semula kawasan berkenaan termasuk pembinaan stesen pusat Transit Aliran Autonomi (ART). Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan baharu dengan reka bentuk moden akan dibangunkan di sekitar kawasan itu sehingga ke Brooke Dockyard. “Fasa seterusnya ialah bangunan ini (Saujana) akan dirobohkan. “Bangunan moden akan dibangunkan di sekitar kawasan ini sehingga ke Brooke Dockyard, manakala stesen pusat ART akan terletak di hadapan Gurdwara,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian bangunan tambahan Gurdwara Sahib Kuching di Jalan Masjid, hari ini. Menurutnya, pembangunan semula itu merupakan sebahagian daripada usaha mengubah landskap bandar raya Kuching agar seiring dengan perkembangan semasa, tanpa mengabaikan nilai sejarah kawasan berkenaan. Abang Johari turut mengimbas sejarah kawasan itu yang pernah menempatkan stesen kereta api pada zaman pemerintahan Brooke. Katanya, usaha menghidupkan semula kawasan berkenaan akan dilaksanakan menerusi pembangunan moden dan penggunaan teknologi pengangkutan baharu. Stesen pusat ART yang dikenali sebagai Stesen Hikmah Exchange sedang dibangunkan di bekas kawasan tempat letak kereta Padang Pasir. Stesen itu akan menjadi titik pertemuan tiga laluan ART iaitu Laluan Merah, Biru dan Hijau bagi meningkatkan kesalinghubungan sistem pengangkutan awam di Kuching. Sistem ART secara keseluruhan disasarkan siap pada 2028. Pembangunan semula kawasan Jalan Masjid dijangka mengubah persekitaran bandar berkenaan, khususnya dengan kemudahan pengangkutan awam dan bangunan moden yang dirancang di kawasan strategik itu. #foryoupage #fypsarawak #fyp #fypmalaysia #foryou
Mr VLOGS
Region: MY
Sunday 01 November 2026 06:32:59 GMT
Music
Download
Comments
nininananununene :
parking legend ni 90an[Big LOL]
2026-11-02 11:55:26
0
Battlefield :
why why why cant we just keep it ?
2026-11-02 11:32:18
0
Maryn :
Mee Hong Kong kakak sorg ya nyaman, maaf x ingat nama nya. Nya ada juak bejual di SGH. kenangan masa sekolah 1983-1987... tua aieh 😅
2026-11-01 13:23:59
0
WILLIAM TING :
what is the song name and singer ???
2026-11-01 16:04:32
0
_S H A_ :
Imagine dibina train through building mcm Liziba Station Chonqing,China 😁
2026-11-01 14:34:36
0
WZCATERING :
Marek genap la 10 tahun kmk beroperasi di sia.. Dan marek juak hari terakhir kmk di saujana.. Di sia la katuh bangun kmk dlm bisnes.. Now kmk cuma fokus catering from centrel kitchen jak
2026-11-01 14:19:47
53
alq0ssam :
ia kan di buat redesign 3 dlm satu. stesen ART, parking bertingkat dan shoping complex. tak sabar menanti pembangunan ini.
2026-11-01 07:24:50
234
𒆜ᵀˣᴿzulfaqirZukie :
tmpt tggu bas nk balit ke SMKA SHOAW Matang ( bangunan lamak ) sempat mkn sitok sblm nait bas sementara tggu BFF.. lejen syiok.. 😁😍😍
2026-11-01 08:33:11
37
Deya Khairel :
tempat lepak blit sekolah dolok...makan atas ya nasik campor nya murah jak.
2026-11-01 08:21:18
45
azaazza22 :
yang lahir tahun 70 an dgn 80an mayb paling byk kenangan di ctok.....😌
2026-11-02 01:45:18
19
Farrell Danish :
Sedihnya byk kenangan kat sia 🥹🥹🥹🥹
2026-11-01 08:40:17
70
musa cool :
Sedih nanga saujana, banyak kenangan manis kat saujana, susah senang nang saujana lah tempat berjumpa kawan... kat sia lah salu jumpa pasangan, n masa ya market n van sapu banyak sia, nang banyak gangstar sia tapi sidak bait n sik ngaco, nang best lah... apa apa pun memory ya sik akan di lupakan, love u saujana n bye bye saujana....🥰🥰🥰
2026-11-01 13:12:41
23
Goaway :
walaupun byk kenangan, bangunan ditinggalkan menjadi tiada org berniaga. Merobohnya adalah wajib untuk membina muka infrastruktur yang moden
2026-11-01 09:37:37
28
NizamRAZORS :
Rindu juak tpt zaman 90an gk sekolah menengah time ya. Zaman begerek tauk ada port d sitok ada music box. Kkya pekena mee goreng telo mata penuh tapak bok rm2.50 lok marek. Tapi sikhal. Kta cayak dgn bgjoe nk maju kan pembangunan swk. All the best bgjoe...
2026-11-01 12:06:45
7
aminaini229 :
tempat lepak waktu sekolah.... pernah kerja kt sirok.. cip security allahyarham bang matnor.. tinggal sejarah dan nama saujana..
2026-11-01 07:23:40
13
Faizal Johny :
1997-2001..masa belajar di itm..sia la temoat makan..nunggu bas
2026-11-01 13:08:49
6
❀°•. 𝔸𝕟𝕟𝔸 .•°❀ :
masa masih study kat sarawak dlu,kat sini la kami turun naik van utk pergi ke bandar dan balik ke kampus..kenangan sungguh
2026-11-01 08:07:30
21
2ty :
tedah.. tempat kta org mkn lps blit sekolah dlok marek... tempat LEPAK ujg mgu💙💙💙
2026-11-01 06:39:14
8
blezzme :
ctok lah bermula nya owner serapi conner bniaga..
2026-11-01 07:07:13
13
P I J A J I N A L :
Nasik campur paling sedap d sia🥰🥰
2026-11-01 08:13:53
12
keto :
Kenangan mkn ngn family kt food court atas saujana dlok2..
2026-11-01 07:32:11
7
~NL~ :
15thun dlu ni Tempat pertama ayah mertua bwk sy g mkn bila sy 1st time smpai kuching.. skrg ayah mertua sy da xde..
2026-11-01 07:11:39
5
✮⃝🐉꧑ᴏҺᑯ ᤁɑıᑯ ꧑ᤙɾı᥉ıᑯı ✮⃝🐉࿐ :
tempat nunggu van sapu dolok Bayar Rm2 time balit kerja Ex Obyu Sdn bhd dolok kerja kedey pusat buku Islam area hopoh kenangan memori terindah kdg2 van kdg2 bas warna ijo nombor k5 dolok
2026-11-01 07:08:05
6
Rayyqal Miqail :
kenangan ngan can dolok marek tok🤣🤣ow tedah time sekolah2 nak ow
2026-11-02 12:46:51
1
Hitam Black :
Kmk sempat nangga zaman ya makan di atas ya.ramei gilak sidak remaja berkumpul, Electra house, waterfn. Satok, pakson, ada berapa tempat lupa nama. Zaman l 70-80an nang best.
2026-11-02 11:45:15
2
To see more videos from user @mohamadshahrizal7, please go to the Tikwm
homepage.