@teropongcerita.com: SHAH ALAM - Niat seorang lelaki mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selepas mengalami gejala demam berpanjangan bertukar menjadi detik mengejutkan apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan yang disyaki kanser pada bahagian perutnya. Lebih menyedihkan, pengesahan itu berlaku hanya seminggu selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser payudara tahap empat pada awal tahun lepas. Muaz Yazid, 27, berkata, dia pada awalnya mengalami gejala demam yang tidak menentu selama lebih sebulan sebelum mendapatkan pemeriksaan di klinik, namun keadaan kesihatannya masih tidak menunjukkan perubahan walaupun sudah beberapa kali mendapatkan rawatan. Menurutnya, pemeriksaan pertama doktor hanya mengesyaki demam biasa, sebelum ujian Covid-19, influenza dan saringan kesihatan dilakukan pada kunjungan kedua seminggu kemudian.Keputusan ujian yang diperoleh seminggu selepas itu semuanya okay dan tiada apa-apa dikesan, tetapi saya masih demam. "Pada pemeriksaan terakhir, doktor melakukan imbasan ultrabunyi sebelum mengesan ketumbuhan yang disyaki kanser," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Muaz yang bekerja sebagai pegawai pemasaran berkata, pemeriksaan lanjut di hospital kemudian mengesahkan dirinya menghidap kanser buah pinggang tahap tiga dengan tumor berukuran 26 sentimeter pada bahagian perut. Katanya, sebelum diagnosis dia turut mengalami jangkitan dalam darah, keletihan melampau, hilang selera makan, penurunan berat badan secara mendadak dan kencing berdarah. "Apabila tahu yang saya menghidap kanser, saya hanya terkedu dan tidak mampu berkata apa-apa apabila doktor memaklumkan perkara itu.Saya kemudian menghubungi ibu angkat dan memberitahu berhubung sakit yang saya alami. Apabila sudah tahu, dia cuba tenangkan saya serta memberikan semangat supaya terus berfikiran positif," katanya.Mengulas keadaan kesihatannya, Muaz berkata, kehidupannya kini berubah sepenuhnya apabila dia lebih mudah jatuh sakit dan mengambil masa lama untuk pulih setiap kali mengalami gejala demam. Ujar Muaz, dia juga mengalami masalah hipoglisemia walaupun tidak menghidap diabetes, selain penurunan tahap nutrisi dalam badan dan masalah gastrik serta refluks gastroesofagus (GERD) serta kehilangan selera makan. "Setakat ini rawatan yang saya jalani hanya melibatkan pengambilan ubat tanpa kemoterapi. "Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan setiap dua hingga tiga bulan untuk memantau keadaan, selain temu janji susulan setiap enam bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya. #semogacepatsembuh #cancerfighter
TEROPONG CERITA
Region: MY
Sunday 01 November 2026 06:35:45 GMT
Music
Download
Comments
Q.ash ✤ :
saya la tu doakan saya ye
2026-11-01 10:47:06
357
KamisahNasir73 :
Ya Allah..Engkau sembuhkan lah sakit yg telah Engkau hadirkn kpd Muaz Yazid..supaya beliau sihat kembali 🤲🤲
2026-11-01 07:26:02
619
Albert Chan :
[Pleading]sorry bro[Pray]
2026-11-01 14:24:35
0
fazlin :
sama mcm arwah anak lelaki saya 34thn.baru 2bln lepas meninggal😭😭😭
check hospital sebab gastrik.sblm ni dia mengadu buang air besar berdarah.doktor ckp kanser tahap 2.dah buat kimo 3x, tak sempat nk operate.lgsung xada selera mkn.masih nk bekerja dlm sakit2.kemudian jadi sawan.hntar ke hospital doktor ckp dah tahap 4.hnya dlm tempoh 4bln dari mula dia sakit.cepatnya kanser memakan seluruh tubuh.Allah pinjamkan saya anak yg baik setakat tu ja.semoga Allah masukkan arwah anak saya ke Syurga tanpa hisab dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang soleh 🤲🤲🤲😭😭😭
2026-11-01 09:39:30
162
Nor azizah~Rojakbuah cikzah :
sama macam suami acik.demam on off.berat badan turun sampai 10 kg dalam masa sebulan.ujian darah ok je.tengok sejarah keluarga ada 4 orang adik beradik kanser.doctor sarankan buat ultrasound baru dapat kesan kanser buah pinggang tahap 2.3bulan lepas operation kanser naik ke otak.jadi tahap 4.3 bulan kemuadian stroke di daftarkan ke paliatif pulak.disahkan tiada rawatan dah.tapi suami acik kuat semangat lawan kanser.Alhamdulillah sekarang semakin membaik.yg pe ting anak kena kuat semangat 💪
2026-11-01 08:02:44
172
ayien :
sama macam arwah suami saya,. mula p klinik demam je tiga hari.. ambil darah.. darah putih tinggi terus ke hospital.. check kat hospital Dr kata kenser darah..tapi Allah lebih sayangkan dia.. Alfatihah suami syurgaku 😭
2026-11-01 07:30:35
105
🥰Suziee_91🥰 :
sama mcm kwan suami,mula2 hnya saja2 nk buat medical check up..tiba2 dktor sahkan kanser tahap 4.
2026-11-01 07:22:58
35
Najah :
Syafakallah utk adik Muaz Yazid. Ya Allah, Kau berilah kesihatan yg baik, angkatlah kesakitannya, diganti dgn kesembuhan yg sebaik²nya & permudah segala urusan perubatan kpd adik Muaz Yazid. Aamiin³ YRA. InsyaAllah
2026-11-01 10:47:06
13
NARISSA FANTAGHIRO :
Sekarang ni byk btl penyakit yg membunuh
2026-11-01 11:41:38
9
Rozaini Zambahari :
ya allah sembuhkanlah penyakit adik muaz ni ya allah
2026-11-01 07:51:02
33
ABDhalem :
dalam 2 bulan ni 3 sahabat pergi sebab kanser..alfatihah😔
2026-11-01 13:24:27
5
normalaitammohd49 :
ya allh kau berikn kesembuhan buat ank yg bernama Muaz Yazid sihtkn lah dia moga dia blh truskn kehidupannya ya allh aamin ya Rabbal alamin🤲
2026-11-01 12:54:16
18
Blitz96 :
Yaa Rabb demi kemuliaan kekaseh Mu Nabi Muhammad SAW hamba mohon padamu agar sembuhkan la sakit beliau, lapangkan la dadanya, bahagia kan laaa dirinya, luaskan rezekinya seluas langit MU Dan redha kan la dia sebagai hambamu. Aamiin ya Rabbal Alamin
2026-11-01 12:50:49
6
sakinah :
ya Allah berikan kesembuhan buat muaz yazid.Angkatkan semua kesakitannya,Berikan kesabaran buatnya.
2026-11-01 08:55:11
16
snormacj :
semoga segala urusan dipermudahkan Dan semoga cepat sembuh 🤲
2026-11-01 06:56:32
28
🕊𝐬𝐡𝐚𝐚🕊 :
Semoga cepat sembuh ye ,terus kuat semangat ..Amiinn🤲🏻 .. Korang yg park komen tu boleh x jgn cerita pasal arwah suami ke arwah anak ke fmly yg ade cnser hgga bawa kematian . cukup mendoakan owner supaya terus kuat melawan sakit . Jangan bagi down ..
2026-11-01 08:58:27
15
Prabagaren :
get well soon 🙏
2026-11-01 08:50:38
1
umahkampung :
semoga Allah memberi kesembuhan yg luar biasa buat kamu
2026-11-01 07:37:18
9
CikEitaOneShopDrop :
Allahu akhbar. Semoga Allah kurniakn syifa' n afiyah dgn sebaik2 kesembuhan yg tiada mudarat selepasnya serta dipermudahkan segala urusan kamu dgn adanya org yg baik2 n budiman disekelilingmu bg meringankn ujian ini. Aamiin Ya Rabbal Alamiin
2026-11-01 07:47:35
5
mek haniey :
semoga tabah yer dik n semoga cepat sembuh.. aaminn
2026-11-01 07:18:31
10
Fizi :
semoga cepat sembuh🤲
2026-11-01 07:07:29
8
zainudinalmansor :
Syafakallah, semoga di kurniakan kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan semua urusan, Aamiin
2026-11-01 07:26:03
6
Zarina~ :
2026-11-01 13:55:35
1
Satha Kumari Santhar :
🙏🏻🙏🏻🙏🏻
2026-11-01 13:29:19
1
cyes@adam :
2026-11-01 12:35:24
1
To see more videos from user @teropongcerita.com, please go to the Tikwm
homepage.