@meloditerhangat: Dua konsert, dua pengiktirafan! Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila Konsert Legacy 30 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara berjaya meraih pengiktirafan ASEAN Record dan Asia Record. Lebih membanggakan, Legacy 30 diiktiraf menerusi jumlah kehadiran penonton tertinggi bagi dua konsert solo di stadium oleh artis rakaman Melayu. Manakala Gema Bumantara pula mencipta rekod sebagai konsert muzik tradisional solo dengan jumlah penonton tertinggi oleh artis rakaman wanita di Asia. Satu pencapaian luar biasa yang terus mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa. Tahniah Tok Ti! #meloditv3 #meloditerhangat