@royyan._789: Bila semakin teruji dengan kerenah manusia. Baru semakin fahami. ALLAH mahu kita 'mengenal' pelbagai jenis sikap dan peribadi yang ada. ALLAH mahu kita jangan bersikap seperti mereka. Sangka baik memang asas ajaran Islam, tetapi jika ada yang berniat jahat, lama-lama ALLAH akan 'tunjukkan' juga. Cepat atau lambat sahaja. Siapa yang benar, ALLAH lebih tahu. Siapa yang zalim, ALLAH juga lebih tahu. Siapa yang cuba menipu daya, menjatuhkan maruah, menyakiti dalam diam, memfitnah, mengadu domba. ALLAH sudah melihat semuanya satu persatu. Tiada apa yang tersembunyi pada pandangan ALLAH. Manusia boleh cuba menipu kita, tapi bukan pada ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya. Biarkan mereka itu dengan tipu daya mereka, kita jujur sahaja beramal pada-Nya. Ada yang cuba berpura-pura baik, ada yang cuba berpura-pura simpati, ada yang cuba berpura-pura alim. Tapi tidak di hadapan ALLAH, tidak perlu berpura-pura kerana ALLAH kenal persis setiap hamba seperti apa sebenarnya. Lalu, tenanglah duhai hati. Jika seluruh dunia berpakat untuk menjatuhkanmu, itu tidak akan berlaku tanpa izin-Nya. Selagi digantungkan seluruh jiwa pada ALLAH, cukuplah ALLAH pelindung yang paling ampuh. Tempat bersandar paling selamat dan teguh. قل حسبي الله عليه توكلت وهو رب العرش العظيم <3

Royyan👌
Royyan👌
Open In TikTok:
Region: ID
Sunday 01 November 2026 22:01:27 GMT
9
2
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @royyan._789, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About