@mediaselangor: Pembukaan Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) di Cyberjaya, Sepang bakal memberi dimensi baharu untuk sukan yang menyimpan sejarah panjang di negara ini. Meski dianggap acara elit, usaha dibuat bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengenali, mencuba dan menyertai sukan polo serta ekuestrian, khususnya generasi muda. RSPEC bukan untuk keahlian eksklusif sahaja sebaliknya kelab awam yang menjambatani orang ramai dengan sukan tersebut, kata Presidennya Dato’ Syed Budriz Putra Jamalullail. 🌐 Klik pautan di bio untuk berita penuh #MediaSelangor