@easternkidd75: #fyp #expression #Love

Ugliest_Apa
Ugliest_Apa
Open In TikTok:
Region: PG
Monday 02 November 2026 01:11:38 GMT
161
28
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @easternkidd75, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Kecoh di Mahkamah Kulim, dua OKT larikan diri ketika proses tangkapan semula Kulim: Perkarangan Mahkamah Kulim hari ini, kecoh apabila dua lelaki yang juga orang kena tuduh (OKT) dipercayai melarikan diri ketika proses tangkapan semula hendak dilakukan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kejadian itu turut ditular di media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua OKT hadir ke Mahkamah Majistret Kulim untuk sebutan semula kes bersangkut laporan kes Serdang atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau alat berbahaya dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Kecoh di Mahkamah Kulim, dua OKT larikan diri ketika proses tangkapan semula Kulim: Perkarangan Mahkamah Kulim hari ini, kecoh apabila dua lelaki yang juga orang kena tuduh (OKT) dipercayai melarikan diri ketika proses tangkapan semula hendak dilakukan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kejadian itu turut ditular di media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua OKT hadir ke Mahkamah Majistret Kulim untuk sebutan semula kes bersangkut laporan kes Serdang atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau alat berbahaya dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. "Kedua-dua OKT lelaki ini dituduh di Mahkamah Majistret Kulim pada 30 April lalu dan diikat jamin oleh pihak mahkamah sementara untuk menunggu proses perbicaraan dilakukan. "OKT pertama berusia 27 tahun diikat jamin sebanyak RM4,000 manakala OKT kedua berusia 31 tahun telah diikat jamin sebanyak RM3,000. "Kes ditetapkan semula untuk sebutan semula pada 8 Jun lalu, 12 Julai lalu dan hari ini untuk serahan dokumen dan pengurusan kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Syamsul berkata, selepas selesai urusan sebutan kes dalam kamar mahkamah iaitu sebutan pengurusan kes dan serahan dokumen, kedua-dua OKT terbabit keluar melalui pintu belakang mahkamah. Beliau berkata, pada masa yang sama, mereka melihat kehadiran anggota polis dari IPD Seberang Perai Selatan yang berada di pintu hadapan mahkamah. "Berikutan itu, salah seorang daripada OKT terus melarikan diri dalam kawasan mahkamah dan turun melalui tiang dari aras satu Mahkamah Kulim. "Manakala seorang lagi OKT masuk semula ke dalam dan lari melalui laluan belakang kawasan mahkamah, " katanya. Syamsul berkata, kedua-dua OKT terbabit melarikan diri melalui laluan belakang mahkamah dengan cara memanjat pagar. Disiarkan pada: Ogos 12, 2026 @ 1:03pm Zuliaty Zulkiffli [email protected] Artikel ➡️ Harian Metro #infosemasa @infosemasaofficial#fyp#creatorsearchinsights #contentcreationinsights

About