@songkokmalaya: KENANGAN BERMAKNA DI HPPK 2026! Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan SONGKOK MALAYA dalam Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2026 yang berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November 2026 di Stadium Kajang, Selangor. Antara detik paling bermakna buat kami ialah kunjungan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, ke booth Songkok Malaya. Satu penghargaan yang amat besar buat kami sebagai usahawan tempatan. 🇲🇾 Sepanjang tiga hari penganjuran, kami berpeluang memperkenalkan produk Songkok Malaya, berkongsi perjalanan keusahawanan serta mengetengahkan usaha membangunkan perniagaan inklusif yang memberi peluang kepada komuniti setempat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KUSKOP, penganjur, rakan usahawan dan semua pengunjung yang sudi singgah serta memberikan sokongan kepada kami di Booth C101. Kami pulang bukan sekadar membawa pengalaman, tetapi juga semangat dan inspirasi untuk terus mengembangkan Songkok Malaya sebagai jenama warisan Melayu yang berdaya saing. Daripada komuniti, untuk komuniti. SONGKOK MALAYA Warisan • Identiti • Gaya Hidup #SongkokMalaya #HPPK2026 #KUSKOP #StadiumKajang #PerniagaanInklusif
Songkok Malaya
Region: MY
Monday 02 November 2026 03:29:12 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @songkokmalaya, please go to the Tikwm
homepage.