@newswav: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang wanita tidak dikenali menolak seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga terjatuh dan memukul kepala adiknya yang berusia dua tahun di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 35 saat yang memaparkan kejadian pertengkaran antara dua individu itu sebelum tular di Facebook. Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.39 malam hari kejadian daripada seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun. “Ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang, pengadu sedang berjalan bersama dua anaknya sebelum seorang wanita tidak dikenali menolak anak lelakinya dari arah belakang sehingga terjatuh. “Wanita sama turut memukul bahagian belakang kepala anak perempuan pengadu yang berusia dua tahun,” katanya dalam kenyataan tersebut. Beliau berkata, polis memandang serius kejadian itu dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan tuduhan atau berkongsi maklumat yang belum disahkan sehingga boleh menjejaskan siasatan. #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia #tiktok #viral #fyp
Newswav
Region: MY
Monday 02 November 2026 03:54:56 GMT
4595186
218074
3431
42137
Music
Download
Comments
*tehCspecial* :
Aldous 1hit trus instant kill
2026-11-02 05:07:46
7932
Amy🍉 :
yg ckp dayus tu,kena kt diri dia baru Tau..
2026-11-02 06:23:46
11792
moncherry🍉 :
Geram dengar yang cakap "Dayusnya..." tu.
2026-11-02 04:43:17
40167
hilman sukri :
tiba tiba tolak pukul kepala anak sape x hangin woi.
2026-11-02 04:58:33
29999
Zi🌻 :
yg ckp dayus tu, benda dah saksikan depan mata😅boleh pulak lelaki tu jugak yg disalahkan😮💨
2026-11-02 05:34:38
2226
lin abady :
boleh trauma yg tiba2 kena tampar tak tau apa salah. lagi la budak yg kena
2026-11-02 04:47:07
2566
WhereWelder :
nti Abg nie yg kena hukuman,tmbh² ada video ini pulak..yg tolak budak tu pastu terlepas hukuman..prcaya lar ckp aku..ini Malaysia lar .
2026-11-02 05:31:24
3218
Avril30 :
bapak mana tak marah anaknya ditolak org tk kenali..
2026-11-02 06:17:18
1927
Rosya Ahmad (TheNescafeAis) :
Sape ulang² tgk makcik baju kuning tu kena lempang 🙋🙋🙋
2026-11-02 07:21:15
3528
່Iwann✨ :
security
2026-11-02 04:24:42
3199
✧ :
aku kalau dh ada anak pastu tgk anak aku kena pukul dgn orang yg tidak dikenali mmg aku pon baran dijadinya
2026-11-02 05:13:09
2618
★ZiQRieE★ :
sekuriti be like:
2026-11-02 04:49:46
351
Maria ayam serama :
dgn ank2 jangan BT main,seorg lelaki yg nmpk lembut,blh jd agresif demi ank
2026-11-02 06:17:17
551
Muhammad Haziq :
saya menghormati abg itu
2026-11-02 05:04:29
468
Ida Yahaya74 :
Knp nk pukul org pompuan x gentleman lew.. ada perkara bleh bw berbincang..
2026-11-02 10:37:55
25
穆罕默德·亚辛 :
Walaupun perempuan tuh salah.. Lelaki klu dah naik tangan mmg ke dalam.. Undang undang skrg mmg cm 👍😩
2026-11-02 10:40:58
9
(GABAN) ™ :
kalau anak aku kena tolak atau kena pukul dengan orang yg tak kenal, aku pun marah... aku tak kisah di pempuan ke laki ke...
2026-11-02 11:56:54
41
. :
teruknya laki tu.. bayangkan tu mom korang...kita ada undang-undang...mana boleh wat camtu..
2026-11-02 15:05:34
11
⚡️z¥⚡️ :
riso abg tu yg kedalam. undang2 skrg bkn btl🙃
2026-11-02 07:24:50
2116
echaa 🫧 :
semoga nanti husband aku pun protect anak and bini dia macamni .
2026-11-02 06:56:47
194
rahimah ujang :
Akhir zaman , kesabaran semakin nipis , duduk rumah lagi baik
2026-11-02 10:47:40
10
Adam Mikael :
bapak la dia pergi Tampar perempuan tu asal, tak ajak aku
2026-11-03 15:38:21
12
misspororo63 :
Terbaik bang.aku sokong.
2026-11-02 04:41:42
220
♏️el🅾️w🅿️e🆖1 ⚫️🔴🟡 :
Dlm keadaan ap pon..xbaik main tgn bang...
2026-11-02 08:27:21
5
To see more videos from user @newswav, please go to the Tikwm
homepage.