@scoopdotmy: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendedahkan ada sesetengah syarikat yang keberatan menawarkan gaji bulanan minimum RM2,000 kepada pekerja tempatan, sebaliknya memilih untuk mengekalkan gaji permulaan pada kadar RM1,700, sama seperti pekerja asing. Menurut Johari, masalah berkenaan turut melibatkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), yang kini mencecah 400,000 orang di mana mereka kadang kala ditawarkan gaji sama dengan pekerja asing meskipun memiliki kemahiran teknikal. #JohariGhani #TVET #DewanRakyat #Parlimen #Malaysia