@mediaselangor: Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan kemudahan kuliah secara hibrid selama empat hari kepada siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) sempena sambutan Deepavali. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata kemudahan itu membolehkan siswa guru yang menuntut jauh dari kampung halaman pulang meraikan perayaan bersama keluarga sambil mengikuti kuliah secara dalam talian. Menurutnya, kuliah hibrid dilaksanakan dari 9 hingga 12 November bagi Kumpulan A, manakala 10 hingga 13 November bagi Kumpulan B. #MediaSelangor #Deepavali #KPM #KuliahHibrid