@lobakmerahmy: Suasana di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) malam tadi diselubungi rasa pilu dan sayu yang teramat sangat apabila dua beradik yang terselamat dalam kemalangan maut diberi peluang menatap wajah ibu bapa mereka buat kali terakhir. Kedua-dua beradik itu, Hasya Fahira Zulkifli, 11, dan adiknya, Muhammad Adam, 8, terpaksa dibawa turun dari wad menggunakan kerusi roda dengan bantuan dua orang jururawat. Mereka yang masih dalam keadaan menanggung kesakitan akibat kecederaan serta kesan lecur di kaki kuatkan semangat demi memberi penghormatan terakhir buat kedua-dua ibu bapanya. Menerusi Harian Metro, saat dibawa masuk ke ruang forensik, air mata Hasya Fahira tidak henti-henti mengalir. Kanak-kanak berusia 11 tahun itu dilihat berkali-kali mengucup jenazah ibu dan ayahnya, sebelum tindakan menyayat hati itu turut diikuti oleh Muhammad Adam. Detik paling meruntun jiwa berlaku sebaik sahaja van jenazah mula bergerak keluar membawa pergi jasad kedua-dua orang tua mereka. Sambil berlinangan air mata, dua beradik ini hanya mampu melambaikan tangan perlahan. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Monday 02 November 2026 10:00:00 GMT
Music
Download
Comments
TOGE🇯🇵🇲🇾✓ :
2 beradik masih kuat semangat 😔
2026-11-02 10:06:04
384
user6998240728439 :
saya doakan semoga Allah menjaga kamu 2 beradik,semoga dipermudahkan segala urusan Dan diperbanyakkan rezeki🥲..amin
2026-11-02 10:37:57
103
A.i.D.A :
Beratnya ujian utk 2 anak ni…aku ingat ujian aku dah berat kehilangan suami tp ni lagi masih kecil dah hilang keduanya…moga 2 anak ini diberikan ditemukan dgn org baik2 selepas ini, dipermudahkan segala urusan ..
2026-11-02 10:06:45
42
JefryAce92 :
teruskan kehidupan walaupun ibubapa sudah takde jagalah sesama sendiri sembahyang Dan mengaji jgn tinggal
2026-11-02 10:19:30
30
. :
akak pun tak layak cakap suruh kuat dik...sebb akak pun takkan kuat tanpa mak ayah...tapi dik jadilah anak² yg soleh solehah untuk arwah mak Dan ayah...moga² asbab untuk makayah masuk syurga bila mana ade doa anak² yg soleh...terus semangatt ye nak .... moga Kamu berdua membesar dengan berjaya didunia dan diakhirat kelak...
2026-11-02 11:21:52
8
raket812 :
semoga Allah menjaga kamu berdua anak2.
2026-11-02 10:11:15
2
nabilafauzi89 :
smga kuat anak2..beratnye dugaan korg😭😭😭
2026-11-02 10:08:11
2
Michael Azrinal :
Alfateha Salam Takziah From Tampines Singapore🙏🙏🙏...
2026-11-02 12:40:37
1
MadihaMadi :
semoga kamu berdua baik2 ja,semoga dlm lindungan allah..Bgi kita mak2 nie rasa depa kecik lgi,mcm nk hug sedih…
2026-11-02 17:41:35
0
Fitfat robok :
💔 anak yg sakit nak mgdu kat sapa lagi lepas ni.. kalau ada ibu tmpt mgadu.. Allah beratnya ujian… cpt sembuh syg n kuat ya.. kamu ank soleh n solehah
2026-11-02 17:17:49
0
miJa :
sedihnya ya allah 😭😭😭
2026-11-02 12:25:10
1
laaa🌼 :
salam takziah🥹
2026-11-02 14:40:56
0
Rosliza2023 :
Semoga Allah peemudahkan urusan adik ini dan nenghantar malaikat menjagamu
2026-11-02 13:11:12
0
Adra's Bubu :
semoga org yg jaga mereka dpt beri kasih syg yg penuh utk diorg
2026-11-02 14:19:50
0
Nahz Liana :
semoga Allah permudahkan segala urusan mu duhai anak2 dunia & akhirat dan dilimpahi kasih sayang meski tanpa ibu ayah...
2026-11-02 13:29:31
0
iam_nowwa :
Ya allah ya allah😢 brilah kbhgiaan kpa kdua anak2 ini
2026-11-02 13:30:25
0
normahassan :
2026-11-02 14:27:19
0
Cik Desperado.. :
2026-11-02 10:15:34
0
Janajuah :
Allahhuakbar semoga sentiasa dlm rahmat Allah SWT wahai ank² 😭😭
2026-11-02 11:46:35
0
The One :
PMX tolong hadir tolong dia orang. May god bless this children and parents
2026-11-02 11:29:10
0
ninisha7 :
salamm takziahh
2026-11-02 11:51:15
0
Rosli💯✅🎱 :
2026-11-02 15:28:10
0
Norliyana Kaca :
Ya Allah semoga Mereka diberikan kekuatan atas kehilangan Kedua Ibu Bapa Mereka..Aamin Ya Rabbal Aalamin..🤲🏻🤍🤍
2026-11-02 13:01:21
0
𝓗𝓪𝓷𝓷𝓪𝓻𝔁𝔃 :
salam takziah🥺🥺
2026-11-02 11:52:01
0
fida :
😢
2026-11-02 10:29:10
0
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.