@farxiyo.9: sharma ka sharma🔥🥷🏽🫶🏾#jawi_bila🌊❤️🌴somalilyrics🌺😕💎 #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #viewsproblem😭😭😭😭😭

🇸🇴𝙁𝘼𝙍𝙓𝙄𝙔𝘼𝙡𝙮𝙧𝙞𝙘🤎
🇸🇴𝙁𝘼𝙍𝙓𝙄𝙔𝘼𝙡𝙮𝙧𝙞𝙘🤎
Open In TikTok:
Region: SO
Monday 02 November 2026 10:09:18 GMT
2607
330
2
27

Music

Download

Comments

amaaaaaaaaaaaaaaaaaaal4
amaaaaaaaaaaaaaaaaaaal4 :
Nawaal maa maqaley😭😭😭
2026-11-02 11:27:47
1
To see more videos from user @farxiyo.9, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon terkaya di India dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah 10,000 crore rupee (kira-kira RM4.28 bilion). Anggaran itu berdasarkan Senarai Individu Terkaya Hurun India 2026, yang meletakkan pelakon berusia 61 tahun itu di kedudukan teratas dalam kalangan pelakon negara berkenaan. Kekayaan yang dimiliki pelakon popular dengan gelaran King Khan itu bukan hanya hasil lakonan, malah turut disumbangkan pendapatan daripada tawaran sebagai duta jenama, syarikat produksi dan pelaburan dalam sektor sukan. Bagaimanapun, nilai kekayaannya menunjukkan penurunan berbanding anggaran 12,490 crore rupee (RM5.36 bilion) dalam senarai sama pada 2025. Shah Rukh memiliki syarikat produksi Red Chillies Entertainment yang ditubuhkan pada 2002 dan menerbitkan filem terkenal seperti Om Shanti Om, My Name Is Khan, Ra.One dan Don 2. Syarikat itu turut mengendalikan studio kesan visual Red Chillies VFX. Beliau juga merupakan pemilik bersama francais kriket Kolkata Knight Riders (KKR) yang bersaing dalam Liga Perdana India (IPL), bersama pelakon Juhi Chawla dan suaminya, Jay Mehta. Dalam bidang hartanah, antara aset utamanya ialah kediaman mewah Mannat di Bandra, Mumbai, yang dibeli pada 2001 dengan harga kira-kira 13.32 crore rupee (RM5.71 juta). Nilai semasanya dianggarkan mencecah 300 crore rupee (RM128.7 juta). Pelakon filem Jawan itu turut dilaporkan memiliki vila di Palm Jumeirah, Dubai, apartmen di London serta rumah ladang di Alibaug, Mumbai. Koleksi kenderaan mewahnya pula merangkumi Bugatti Veyron, BMW i8, BMW 7 Series, Audi A6, Mercedes-Benz, Rolls-Royce Phantom Drophead Coupe dan Bentley Continental GT. Popularitinya turut menjadikan beliau antara selebriti paling mendapat permintaan untuk kempen pengiklanan jenama antarabangsa dan tempatan, termasuk Hyundai, BYJU'S, Vi, Foxtale serta Dubai Tourism. Menurut laporan Economic Times, Shah Rukh dilaporkan menerima antara lima hingga 10 crore rupee (RM2.14 juta hingga RM4.29 juta) bagi setiap kontrak tajaan, dengan pendapatan tahunan daripada kerjasama jenama dianggarkan hampir 150 crore rupee (RM64.35 juta).

About