@lobakmerahmy: Selepas membuat permohonan maaf di Instagram Story berkenaan ketelanjuran kata mengenai perayaan penganut agama Kristian, pelakon Zahirah Macwilson tampil membuat satu hantaran video permohonan maaf secara terbuka di media sosial. Dalam video tersebut, Zahirah dengan nada penuh sebak dan ikhlas menjelaskan situasi sebenar serta mengakui kesilapannya yang telah mencetuskan sensitiviti agama. Zahirah menjelaskan bahawa hantaran berkenaan dibuat secara tidak sengaja apabila dia telah menggabungkan tiga perayaan berbeza iaitu Halloween, Hari Krismas dan Hari Easter dalam satu konteks yang sama. Menurutnya, tidak sampai sejam selepas hantaran itu dimuat naik, dia menerima beberapa mesej peribadi (DM) daripada pengikut yang menegur kandungannya. Menyedari hal tersebut boleh menyinggung perasaan ramai, pelakon drama Curi-Curi Cinta ini segera memadamkan hantaran berkenaan. "Saya secara cuai telah menggabungkan tiga perayaan berbeza bersama, dan saya ingin jelaskan bahawa saya langsung tiada niat untuk melabel perayaan suci seperti Krismas dan Easter sebagai satanik atau ada unsur iblis," jelasnya. Akui tindakannya itu tidak sensitif, Zahirah dengan rendah hati membuat permohonan maaf secara tulus ikhlas, khususnya kepada komuniti Kristian yang terkesan dan terluka dengan kenyataannya sebelum ini. Sebagai seorang figura awam, Zahirah sedar bahawa dirinya memikul tanggungjawab besar untuk lebih berhati-hati dan peka apabila menyentuh isu-isu berkaitan kepercayaan, tradisi, dan sensitiviti agama di Malaysia. "Kenyataan saya itu sememangnya tidak tepat, tidak sensitif terhadap budaya lain dan tidak wajar. Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah dikatakan dan saya betul-betul minta maaf atas kejahilan saya," luahnya lagi. P/s: Video di atas bukan hak milik Lobak Merah dan kami telah meletakkan kredit kepada pemilik video. Sekiranya anda ingin menurunkan sebarang video, Sila DM kami dalam kadar segera. Terima Kasih! Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Monday 02 November 2026 10:17:57 GMT
Music
Download
Comments
Bunga Cantik🦋 :
sbnrnya sy minat dia ni.. tapi lps dia ckp MCM tu. jadi kurang minat.
2026-11-02 11:11:24
1497
Gaga :
what? you insulted my religion
2026-11-02 10:44:49
1263
joidevivre :
I understand that you may have intended to educate your Muslim community, and I respect that. However, please understand that Halloween, Christmas and Easter are not the same to us.
As Christians, we don't celebrate Halloween as a religious occasion. But Christmas and Easter are two of the holiest celebrations in our faith, commemorating the birth and resurrection of Jesus Christ. Calling them demonic or satanic is deeply hurtful and disrespectful.😔
We forgive you, and it's okay. But please be more mindful next time. You can stand by your own beliefs without belittling someone else's. Respect goes both ways. ❤️
2026-11-02 11:56:40
288
Vanessa Lua Sakai :
Think before before posting.. Respect each other religion. Respect is earn..
2026-11-02 11:19:51
779
èsc :
:”U DID NOTHING WRONG BABEEE” Aok ku jak lah..mun kita polah sida,viral 1 dunia kalik.
2026-11-02 11:52:54
584
la.lisa673 :
Every religion deserves respect .Don’t preach tolerance while mocking someone else’s faith 😏😏
2026-11-02 10:56:25
2288
rosenah1230 :
Knapa slalu agama Kristian di perli, klu agama mu d buat demikian apa kau rasa
2026-11-02 12:10:40
844
Dassha Dian :
Fyi- christian not cleebrating Halloween
2026-11-02 11:13:25
652
tiazackry :
Nabi Muhammad mengajar umat xberkata buruk pada agama lain. elok kita diam saja. pengajaran buat semua agama dan bangsa
2026-11-02 12:15:59
162
DerN_J® :
merry xmas n happy new year...🙏
2026-11-02 16:18:36
0
Miss Carolynna :
bila ada yg mock agama Christian mcm ni, tk Kira la ttg agama,atau perayaan atau ibadah...Sy akan makin bekerja keras ingatkan anak2 agar sentiasa kuatkan Iman dn kepercayaan, tetap percaya Yesus. Sy akan tunjuk kpd anak2 bagaimana org lain menghina agama Christian. Sy Tanya anak2...nampak Tak apa perbezaan dlm ajaran agama Kita. sgt berbeza. Sy ajar anak2 menghormati agama Dan Budaya org lain. skrg ni kalau anak2 ada baca atau lihat video yg mock agama Christian,mereka akan tunjuk kpd sy sambil geleng kepala. Sy ckp,sstgh org mmg ada yg taksub dgn agama mereka. yg ptg kita tak terikut ikut rentak mereka.
2026-11-02 11:56:02
113
Elvanzoiga Sylvia :
Sya Christian pun Sya tdk celebrate holloween.. Tapi bila you said Christmas Dan Easter pelik...sya jadi hairan pula...
2026-11-02 12:18:03
285
Never trust easily :
Sorry is cheap in Malaysia... Just do and say it
2026-11-02 11:08:46
233
👗VIVIANEVA ANN👗 :
always..do before think then apologise..
2026-11-02 16:09:06
0
channnnnnnnnnnnn__ :
Some of us would be jailed for saying things like this about other religion 😃😃😃
2026-11-02 11:24:32
160
՞˶・֊・˶՞ :
As a Muslim myself, I can understand if it's Halloween but Christmas & Easter?? Isn't that a sacred celebration for the Christians just as it is for us Muslim with Eids??? Like you don't have to like or agree with them but at least show some respect for them. It's really not that hard just so you know.
2026-11-02 14:22:07
28
𝑱𝒂𝒔𝒎𝒊𝒏𝒆💐 :
suami aku org Sarawak , dia Islam skrg ikut aku tp mak mertua , adik beradik semua Masih christian , aku respect kepercayaan mereka Dan mereka respect agama Islam , bila balik Sarawak , mereka guna periuk mangkuk sudu gelas mmg khas untuk kami d kami hidup bahagia bersama 🥰 Respect tu penting dlm kepercayaan masing2
2026-11-02 12:41:16
24
kopipeng jungkook wife :
[Laugh approved]...
2026-11-02 16:04:34
0
CallMeMaz :
dakwah tu ibarat menggenggam bara api zahirah di akhir zaman ni. mau bkata baik pun sgt la susah zaman skrg...org akn twist2 last2 kita yg Salah..even we don't mean to sakiti sesiapa pun
2026-11-02 11:05:09
1068
sabribakar99 :
you did nothing wrong....
2026-11-02 10:30:05
2778
Cik icah :
Tak pe dik, Allah ada, mmg dorang tak terima kebenaran, bila dah sampai hujung nanti penyesalan yang tak boleh kembali dan dimaafkan
2026-11-02 13:17:02
35
🎀Dania Rania Nadia🎀 :
kebenaran itu pahit...sebenarnya...xsemua seberani kamu..
2026-11-02 12:16:57
268
Jessi :
i don't mind about Halloween.. but easter? christmas?
2026-11-02 12:34:57
56
Dawani :
terbaik lah statement dari u, ramai dibelakang u dear! hidayah itu milik Allah utk u dan kita semua
2026-11-02 13:15:46
49
🧿🧿🧿 :
the way all these people that said ‘she did nothing wrong’ would SPIRAL if a celebrity or even any non-muslim person questioned hari raya aidilfitri, or said eid adha is being cruel to the animal but its okay to a muslim to do it to other religions
2026-11-02 12:01:21
17
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.