@cidrmp: [ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ] ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ โ๐ข๐ฃ ๐๐๐๐จ ๐๐๐๐ฆ ๐ง๐๐๐๐ก ๐ฎ๐ด๐ฎ ๐๐ก๐๐๐ฉ๐๐๐จ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ฆ๐๐ก๐โ KUALA LUMPUR, 2 November 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini mentaklimatkan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah dalam membanteras perjudian dalam talian dan loteri awam, melalui Op Dadu Khas yang dijalankan secara serentak di seluruh negara. Melalui Op Dadu yang dijalankan pada 31 Oktober dan 1 November yang lalu, pihak polis telah mengadakan sebanyak 201 serbuan di beberapa premis perniagaan dan kediaman, melibatkan (108) kegiatan perjudian dalam talian (JOL) dan (98) kegiatan loteri awam tanpa lesen (ENE). Seramai 282 individu telah ditahan berusia dalam lingkungan usia 20 hingga 65 tahun, terdiri daripada 229 lelaki dan 53 wanita. Daripada jumlah tersebut, 223 merupakan warga tempatan, manakala 59 individu terdiri daripada warga asing. Pelbagai peralatan dan peranti elektronik turut dirampas, dipercayai digunakan bagi tujuan menjalankan aktiviti perjudian haram. Wang tunai berjumlah RM32,149 turut dirampas untuk siasatan dan tindakan lanjut. Mereka yang ditahan kini direman di antara satu hingga empat hari, bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 4A(a), Seksyen 4B(a) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. Tahanan warga asing turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Tindakan juga akan diambil dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Polis Diraja Malaysia (PDRM), khasnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen. Usaha membanteras jenayah seumpama ini akan dipergiat secara tegas dan berterusan, termasuk membuat pemotongan elektrik bagi premis yang terlibat dengan kerjasama rakan strategik PDRM seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), TNB serta agensi-agensi berkaitan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP
CID_RMP
Region: MY
Monday 02 November 2026 12:10:29 GMT
Music
Download
Comments
oms :
TANGKAP.... PAGI.......
LEPAS....... PETANG[Laugh approved][Laugh approved][Laugh approved]
JUDI ONLINE SUKAR DI HAPUSKAN TUANโ
๐ฒ๐พ
2026-11-02 14:28:57
77
punk5 :
Makin byk tangkap makin kembung poket...๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
2026-11-02 21:58:14
26
c0bra :
makin banyak kedai Judi bukan kurang
2026-11-03 08:05:34
10
Singam4 :
Dato itu cuma reten.
Tapi hakikatnya judi loteri haram bermaharajalela dimana- mana saja dlm Malaysia. Nanti saya menyalurkan maklumat
2026-11-02 13:46:42
12
Hasan ahmad :
kenapa masih ada kedai judi di simpang pertang jelebu...
2026-11-03 05:49:06
8
๐ฐAKMAL BERANGAN ๐ฐ :
nak tanya kedai cafe coffe yg pelik npak mcm kedai coffe tp tinted gelap je adakah tu kedai judi
2026-11-03 05:26:44
3
Ni_ Bank Eng's :
Yg Di tahan 200 permis,, yg ada permis judi ini 200ribu kedai judi
2026-11-03 07:38:56
6
Style :
TANGKAP.... PAGI.......
LEPAS....... PETANG๐คฃ๐
wayang kulit
2026-11-02 15:12:15
11
Thana Vaitilingam :
Kl lagi banyak lah ni semua wayang
2026-11-02 17:07:58
6
Abang Lee :
Money is king...
2026-11-02 21:18:27
1
N889 :
Wayang jangan kurang
2026-11-03 04:29:09
6
Mohd Lie :
cari sape dato PR tu .. jgn tutup mata plak
2026-11-03 09:51:51
3
Mike tyson JP 39 :
Judi online melambak kena banteras terus
2026-11-03 09:55:01
3
Nadarajah Raja :
Hang dulu KP johor di johor bahru lagi banyak no respond
2026-11-03 04:20:54
5
boy boy :
๐๐๐๐ betul kah.. cuba tunjukan bukti tangkapan semua orang boleh tak? tunjuk computer sahaja tuan.. banyak lagi belum di tangkap
2026-11-02 23:12:59
2
Muthumary Mohan :
Ya, Selangor byk
2026-11-03 02:24:20
2
Apris sabneno :
amin ๐
2026-11-03 10:43:36
1
,Winarti.wina 10 :
terbaek Tuan๐
2026-11-03 02:26:14
2
Ravi Supramaniyam :
ok
2026-11-03 07:19:45
1
Muthumary Mohan :
Susah nak hapus
2026-11-03 02:23:24
2
Feisal6786 :
syabas
2026-11-03 02:34:37
2
Abi :
betul ke
2026-11-03 06:03:12
2
prabu :
thaniah ๐๐
2026-11-03 00:44:03
2
boboi121212๐ธ :
yg kena rampas tu tap yg tdk blh pakai sdh kah tuโฆinfo sdh smpai pastu tukar tap tu yg rosakโฆpoket poket poket apa dia poket๐๐๐skill
2026-11-03 10:41:55
1
๐ฒ๐พ๐ฒ๐จ แตแตแต ๐๐ฟ๐ท๐๐ป๐ฎ๐ฃ๐ฟ๏ธ :
201 kedai seluruh malaysia?
2026-11-03 10:29:20
1
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm
homepage.