@lovely_storiess: TEASER 14 "Ray tak pernah naik motor. Takut j•tuh," bohong Rayna. "Ray p£lvklah abang kuat-kuat." Rayna membulatkan mata. Amboi! "Abang nak ambil kes£mpatan ke?" usik Rayna. "Eh, mana ada. Abang cuma nak pastikan Ray selamat. Jadi, senang saja. Naik aje motor, lepas tu Ray p£lvk p!nggang abang kuat-kuat. Insya-Allah, Ray akan selamat." "Kalau Angah tahu macam mana?" Rayna masih tidak puas hati. "Kita kahwin ajelah. Bukan susah pun." Pap! Spontan Rayna men£pvk lengan Aedy yang tidak berlapik itu. Mulut tak ada insurans! "S•kit, Ray." Aedy ketawa melihat tindakan spontan Rayna. "Mengarut lagi!" marah Rayna dengan muka masam. "Eh, mana ada abang mengarut. Abang serius. Ray pun suka abang, kan?" Rayna menjulingkan mata ke atas. Otak Aedy ni kenapa? Wayar putus satu barangkali. "Abang jangan merepek, ya!" "Eleh, malu tu. Pipi dah m£rah." Selamba Aedy memuncungkan bibir ke arah pipi Rayna. "Ray takutlah nak naik motor." Rayna mula rasa mahu menangis. "Jangan takut. Abang akan bawa pelan-pelan aje," pujuk Aedy lagi sambil mengenyitkan sebelah mata ke arah Rayna yang masih serba salah. "Kalau jadi apa-apa, abang bertanggungjawab!" Rayna mencapai topi keledar yang diletakkan di atas motosikal Aedy. "Ya, abang janji akan bertanggungjawab!" Aedy mengangkat tapak tangan, bersungguh-sungguh meyakinkan Rayna. "Ni, macam mana nak pakai?" Rayna menyuakan wajahnya ke hadapan Aedy. "Manja!" ejek Aedy sebelum membantu Rayna memakai topi keledar. "Comel!" puji Aedy lagi. "Ya, ya. Ray tahu Ray comel dan cantik." Rayna malas hendak melayan. Dia mengangguk sahaja. "Kalau Ray kahwin dengan abang, mesti lebih comel," ujar Aedy sambil menayangkan sengihnya. Sekali lagi dia cuba nasib. Kalau Rayna kata okey pun, dia tidak peduli kalau kena b£lasah dengan Rayqarl. Dia akan menjaga dan melindungi Rayna sebaik-baiknya. Akan ditatangnya wanita itu bagai menatang minyak yang penuh. "Mulut buaya betul abang ni," ejek Rayna. #aruzpublication #raynaammaracintaselepasdusta #fyp #ebookmelayu #ebooktiktok
𝑳𝑶𝑽𝑬𝑳𝒀.♥︎.𝑺𝑻𝑶𝑹𝑰𝑬𝑺
Region: MY
Monday 02 November 2026 12:54:52 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @lovely_storiess, please go to the Tikwm
homepage.