@cidrmp: [ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ] ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ โ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐ง๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆโ KUALA LUMPUR, 2 November 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini memaklumkan perkembangan terkini berhubung kematian seorang tahanan, yang ditahan di IPD Cheras pada 1 Oktober yang lalu. Pakar Patologi Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz mengesahkan terdapat kesan kecederaan fizikal yang bukan akibat perbuatan sendiri. Walau bagaimanapun laporan bedah siasatan masih belum diperolehi. Kes telah diklasifikasi semula di bawah seksyen 331 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan. Setakat ini, pihak polis telah merakam percakapan sebanyak (85) keterangan yang terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, Pegawai Perubatan, saksi awam dan keluarga mangsa bagi membantu siasatan. Kertas Siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Rabu ini, 4 November 2026 untuk nasihat dan arahan selanjutnya. Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis turut mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung dakwaan gangguan ke doktor semasa menjalankan tugas. Kes tersebut sedang disiasat di bawah seksyen 506, seksyen 186 dan seksyen 189 Kanun Keseksaan. Siasatan kes masih berjalan dimana seramai (14) orang saksi telah dirakam percakapan terdiri dari pegawai perubatan serta petugas hospital, polis, ahli keluarga dan Peguam. PDRM menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional bagi memastikan setiap fakta serta bukti diteliti sebelum tindakan selanjutnya diambil. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP
CID_RMP
Region: MY
Monday 02 November 2026 13:39:11 GMT
Music
Download
Comments
MOHD IDZAHAM :
Dari dulu mmg aq xpercaya kat polis,,seumur hidup aq,skali pon aq xpernah mntk tolong dgn polis๐๐๐
2026-11-21 05:36:54
21
syafiqnogori :
302 la kes bunug ni xkan 331
2026-11-20 23:59:35
9
koleksikomen :
Ingatlah semua manusia. Akhirat itu pasti. Neraka itu pasti
2026-11-21 03:37:30
19
~SyรซdSรถbrรฏ_Kรฏng๐ซ
:
cuba korang pk, jika pihak keluarga arwah tak buat report,xbuat himpunan tuntut keadilan,adakah kes ni akan disiasat mcm skrg??@ diam mcm tu saja. fikir secara lojika
2026-11-02 17:04:13
186
Muhammad Firdaus :
Guna cara halus ja balas dendam
2026-11-02 16:52:15
113
Keinik46 :
polis pun nk spin
2026-11-21 04:00:44
9
luv_warda24 :
xkisahla anggota sndri ke apa...Salah tetap Salah....
2026-11-18 10:51:25
12
Mirul mukmin :
Cuba siasat anggota2 yang terlibat dalam sesi soal siasat pada hari kejadian hanya mereka sahaja yang tahu pada hari tu
2026-11-02 16:02:35
62
Hamba ALLAH :
mereka hanya kerja syok sendiri hakikatnya,melindungi penjenaya yg faham tu fahamlah.
2026-11-02 23:26:15
21
kieยฒโถ :
semua balai ada cctv termasuk dalam lokap.
2026-11-04 15:08:14
4
Dryogi :
so klu keluarga mangsa tak turun padang.... kematiannya buta la..... haizzzzz..... selamat ka kami semua????
2026-11-02 14:35:24
88
Raman Aam :
nk siasat ke atau nk pusing cita
2026-11-02 16:13:26
80
mr.bonzai :
pusing...pusing...pusing...
2026-11-03 13:02:03
11
Marwan mafioso :
dato Kumar yg di hormati..cukup la..bawa pelaku cas 302 tu saja..
2026-11-02 18:09:48
32
AtokManGaming83 :
nasihat peguam negara.. kita kne jaga nama baik polis hahahaaa
2026-11-02 16:44:05
22
Xxx :
siasat sampai kesudah.. akhirnya jawapan semua dh boleh agak
2026-11-02 17:34:19
10
SIVAM :
pusing pusing cakap dah satu bulan tarak tangkap. rakyat sedang tengkok
2026-11-03 02:18:26
5
shahrom karim :
ulas punya ulas senyap mcm tu ja
2026-11-04 06:49:23
5
user4247996307658 :
Spin belaka kje dorang xkn selesai cara jujur
2026-11-03 03:54:58
5
Rossa๐ฆ :
Pusing2
2026-11-02 15:56:10
5
Joe Labu Coco Bongo :
2026-11-03 15:13:16
1
i m mR silent :
siasat siasat sampai kes ni slow2 senyap hang tgk ja
2026-11-06 05:06:05
3
fredzuan :
tunggu rundingan lgi
2026-11-10 11:44:05
1
kis :
lama noh nk siasat
2026-11-07 01:59:50
2
azlin :
npe x 302
2026-11-03 00:34:40
3
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm
homepage.