@bukuibde_: Imam al-Ghazali memetik pesanan Ali bin Abi Talib RA kepada Kumail di dalam Ihya' 'Ulumuddin. Kata Saidina Ali: “Wahai Kumail, ilmu itu lebih baik daripada harta kerana ilmu akan menjagamu, sedangkan engkau terpaksa menjaga harta. Ilmu itu menguruskan keperluanmu, tetapi engkau terpaksa menguruskan harta. Sementara harta akan berkurangan apabila dibelanjakan, tetapi ilmu semakin bertambah apabila dibelanjakan.” #BukuIBDE #MenterjemahDunia #MalaysiaMembaca #ImamAlGhazali #Turath #TurathIslami #MenghidupkanTurath #TokohIslam #ihyaulumuddin