@mediaselangor: Seramai 10,036 pesakit di Malaysia memerlukan pemindahan organ setakat 15 Oktober lalu, ketika kadar pendermaan organ selepas kematian negara masih rendah, iaitu hanya 1.33 penderma bagi setiap sejuta penduduk (pmp). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan perlu memperkukuh tadbir urus serta kerjasama rentas kementerian dan agensi bagi meningkatkan usaha pendermaan organ serta memastikan proses pemindahan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap. 🌐 Klik pautan di bio untuk berita penuh #MediaSelangor