@jalanterustiktok: Kecoh Roberto Carlos nafi sudah masuk Islam! Baru-baru ini tular di media sosial khabar angin yang mendakwa legenda bola sepak Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos sudah memeluk agama Islam. Berita ini mula meletup selepas tersebarnya gambar beliau dalam satu majlis perkahwinan berunsur Islam sehingga ada yang mendakwa beliau sudah mengucap dua kalimah syahadah. Sebenarnya, Carlos baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita Muslim berdarah Maghribi iaitu Souhaila El Tahiri. Majlis mereka diadakan dalam beberapa cara berbeza bagi menghormati keluarga Carlos yang beragama Katolik dan keluarga isterinya yang beragama Islam. Roberto Carlos akhirnya tampil menafikan dakwaan tersebut, namun beliau mengaku sangat menghormati dan sedang belajar tentang Islam sedikit demi sedikit. Katanya lagi, kalau betul satu hari nanti beliau memilih Islam, beliau sendiri yang akan umumkan berita itu. Korang sempat percaya tak masa berita ni mula-mula viral hari tu? Cuba komen sikit! 👇 #RobertoCarlos #IsuSemasa #BeritaTular

JALAN TERUS
JALAN TERUS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 03 November 2026 05:56:05 GMT
2158
51
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @jalanterustiktok, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About