@team.aruz.publication3: TEASER 8 Dengar suaminya kena serangan asma, Laurel baru sedar yang Iskandar langsung tiada memberi mesej kepadanya semenjak meninggalkan rumahnya beberapa hari lalu. Ketika itu jam sudah 5 petang. Laurel terus tinggalkan pejabat untuk ke hospital. Hasilnya, bila dah sampai ke wad... Laurel tak mampu angkat muka saat dipandang emak mentuanya. Dia rasa dirinya teramat teruk di mata perempuan tua itu. Lagi teruk dia rasa, kerana dia nampak Amelia ada di ruangan menunggu. Dia orang terakhir yang tahu Iskandar sakit sedangkan dia isteri. Amelia tahu lebih awal daripadanya. Hatinya rasa terhiris, rasa diketepikan. Sementelah dia menantu yang tak disukai mentua. Puan Sri Durrah tak kata apa-apa. Tapi pandangan matanya saja sudah cukup menggambarkan yang dia marahkan Laurel. “Mama,” sapa Laurel saat mendekati emak mentuanya. Puan Sri Durrah memandang wajah Laurel dengan pandangan geram. “Hadaplah kerja kamu, sampai suami kamu dah nak mati pun kamu entah di mana!” Itu kata-kata yang cukup tajam menyakiti Laurel. Depan orang dia kena sebat dengan bicara emak mentuanya. Delaila segera mendekati adik iparnya. “Dia kat dalam. Pergilah,” ucap Delaila. Enggan mamanya marahkan Laurel di situ. Bunyi desiran mesin oksigen itu saja pun sudah menakutkan Laurel. Kerana dia tahu, mesin itu kalau dipasangkan kepada Iskandar, sama ada esok Iskandar akan okey. Atau tiada jalan lain... lelaki itu kena intubate jika mesin itu tak mampu membantu menaikkan oksigen dalam badannya. Sekarang dia rasa bersalah kerana tak peduli. Tak ambil tahu langsung keadaan Iskandar di rumahnya seorang diri. Kerana dalam mata emak Iskandar, dia sedang menyalahkan Laurel kerana tak ambil tahu keadaan Iskandar. “Mama, janganlah marah dia. Bukan salah dia,” bisik Delaila sambil mengusap bahu ibunya. Puan Sri Durrah hanya mampu menggeleng kesal. “Sampai bila nak macam ni? Nak aku kahwinkan dia dengan Amy, dia tak nak. Kalau betul dah tak mahu, cerai aje. Senang!” balas wanita tua itu geram. “Ma, sudahlah. Bagi diaorang masa. Yang penting Is okey. Laurel dah ada kat sini. Itu aje yang kita nak, kan?” ujar Delaila lembut. Tidak mahu kemarahan mama mereka membuatkan hubungan Iskandar dan Laurel jadi semakin teruk. Nama Amelia akan terus jadi konflik besar antara Laurel dan Iskandar. Dia paling tahu, Iskandar dan Amelia tak mahu kahwin. Hanya orang tua mereka suka mencadangkan Iskandar nikahi Amelia kerana mereka kawan rapat semenjak kecil. “No, mama tak nak fikir semuanya semudah ini. Mama nak suruh siapa yang faham, Laila? Apa guna jadi isteri kalau tak duduk di rumah? Bila Iskandar dok layan perempuan lain, tahu dia mengamuk!” tekan Puan Sri Durrah. “Mama, dahlah...” ucap Delaila lantas usap lengan ibunya. Iskandar anak lelaki seorang. Sedikit saja salah Laurel, memang dia akan kena! Itu resamnya semenjak dulu sehingga menyebabkan hubungan Laurel dan Iskandar jadi teruk begini. Dia kesiankan Laurel. Serba-salah! #fyp #aruzpublication #fypppppp #4u #fypppppppppppppppppppppppp
TEAM ARUZ PUBLICATION 3
Region: MY
Tuesday 03 November 2026 06:35:20 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @team.aruz.publication3, please go to the Tikwm
homepage.