Aku memaafkan bukan kerana apa yang kau lakukan terhadap aku tidak menyakitkan, tetapi kerana aku sudah terlalu penat membawa luka yang sama ke mana-mana. Aku memaafkan bukan bermaksud aku sudah melupakan setiap air mata yang pernah jatuh, setiap malam yang aku habiskan dengan mempersoalkan diri sendiri, atau setiap kekecewaan yang terpaksa aku telan dalam diam. Aku cuma sedar bahawa sampai bila aku perlu menghukum hati sendiri hanya kerana seseorang pernah menyakiti aku? Sampai bila aku perlu membiarkan kenangan yang menyakitkan terus menguasai kehidupan aku? Aku juga berhak untuk bahagia. Aku juga berhak untuk hidup dengan hati yang tenang tanpa perlu mengingati siapa yang pernah melukakan aku.
Aku memilih untuk memaafkan agar hati aku tidak lagi dibebani dengan kemarahan. Aku memilih untuk melupakan bukan kerana semuanya sudah tidak bermakna, tetapi kerana aku tidak mahu terus hidup dalam bayang-bayang perkara yang sudah berlalu. Aku tidak mahu setiap kali teringat tentang seseorang, hati aku kembali sakit seperti hari pertama aku terluka. Aku tidak mahu membawa dendam sehingga membuatkan aku sendiri kehilangan ketenangan. Cukuplah apa yang pernah berlaku menjadi satu pengajaran, bukan sesuatu yang perlu aku ulangi dalam fikiran setiap hari.
Aku juga belajar untuk ikhlas menerima bahawa tidak semua orang yang hadir dalam hidup aku ditakdirkan untuk tinggal. Ada yang datang hanya untuk mengajar aku tentang keikhlasan, ada yang hadir untuk mengajar aku tentang kehilangan,
2026-11-03 12:07:29
438
alea :
maafin orang yang bahkan ga minta maaf?
2026-11-03 17:41:12
1502
she. :
even until I die, I will never forget what they did to me.
2026-11-06 16:06:36
0
Eleven :
maybe tuhan jauhkan orang yg kita sayang bcz we’ll be worthly by the right person