@berita.ks: MELAKA, 3 Nov - Pakatan Harapan (PH) Melaka mengemukakan tiga teras utama dan 12 aspirasi menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bertemakan Melaka Rumah Kita bagi menetapkan hala tuju pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pengerusinya, Adly Zahari berkata, tiga teras berkenaan merangkumi inisiatif Smart Melaka bagi membangunkan negeri pintar, peruntukan 30 peratus kontrak kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada golongan belia serta sasaran menarik 25 juta pelancong menjelang 2032. “Kita menyasarkan sehingga tahun 2032, seramai 25 juta pelancong akan datang ke Melaka, sekali gus menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media Pelancaran Manifesto PH. Selain tiga teras utama itu, Adly berkata PH turut menggariskan 12 aspirasi yang merangkumi penyediaan rumah untuk rakyat, kerajaan mesra rakyat, peluang pekerjaan berkualiti, jaminan masa depan anak muda, pemerkasaan wanita, kemajuan usahawan dan kebajikan masyarakat. Aspirasi lain melibatkan kelancaran sistem lalu lintas, pemerkasaan syiar Islam dan institusi agama, tadbir urus bersih serta berintegriti, pembangunan tanah terbiar sebagai sumber ekonomi dan pemeliharaan hak pemilikan tanah rakyat. Beliau turut menekankan kepentingan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum sebagai antara keutamaan manifesto berkenaan. "Fokus dan aspirasi terakhir kita adalah perpaduan keharmonian Melaka untuk semua, kita harus memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat kerana masyarakat kita adalah masyarakat yang majmuk sifatnya," katanya. Menurutnya, pelancaran manifesto itu memberi ruang kepada pengundi untuk meneliti tawaran berkenaan sepanjang tempoh kempen serta menegaskan setiap teras dan aspirasi akan diperincikan menerusi beberapa siri wacana yang dianjurkan sepanjang kempen PRN Melaka ke-16. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 03 November 2026 09:16:35 GMT
1689
38
7
0

Music

Download

Comments

zie.arshada
zie arshada :
merah! merah! merah!!!!
2026-11-03 10:33:38
1
nasruddin6554
Nasruddin :
tolong masukkan sekali penghapusan ptptn 😂
2026-11-03 13:27:59
0
badut3764
user78728445707 :
pelancongan ni kena ada minat turun padang KLU nak kerah jabatan pelancongan buat kerja dia takut nk minta bujet kat cm..lagi PON dulu datok dah jadi cam..kita dah tahu kemampuan datok tahap mana...
2026-11-03 12:26:34
0
deenzioi
deenzioi :
Yang terbaik . Harap2 PH dapat mandat dari raayat negeri Melaka Demi masa depan yang boleh manjamin
2026-11-03 12:17:32
0
dienss2871
dienss2871 :
terbaik PMX Madani rakyat sedar dn tolak umnoBn parti penyakau penyeleweng pengkhianat penyamun perompak dn perkauman merahkn melaka hidup PH
2026-11-03 09:26:38
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About