@suarasarawak: Sarawak Cadang Biasiswa Penuh PhD Kaji Potensi Penggabungan Perubatan Timur Dan Barat. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi Yayasan Sarawak menawarkan biasiswa penuh kepada calon Doktor Falsafah (PhD) untuk mengkaji potensi penggabungan perubatan Timur dan Barat. Penyelidikan integratif yang merangkumi bidang perubatan botani, perubatan regeneratif serta inovasi bioperubatan ini bertujuan meneroka kekayaan biodiversiti dan sumber semula jadi Sarawak termasuk bidang genomik dan perubatan peribadi menerusi kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar negara bagi meningkatkan kualiti serta penjagaan kesihatan rakyat.