@mediaselangor: Penduduk Shah Alam kini boleh memantau kawasan berisiko banjir secara langsung selain menerima amaran awal menerusi Portal Pintar Lensa Shah Alam (i-Lensa) yang diperkenalkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pengurus Pusat Kawalan Sistem Integrasi Pemantauan Pintar Shah Alam (IRIS) MBSA, Ts Najhan Pata Sairi berkata portal itu dibangunkan secara 'mobile responsive' bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat melalui telefon pintar, tablet atau computer dengan paparan bersesuaian. #MediaSelangor #KlikSemasa #MBSA