@lobakmerahmy: Hancur luluh hati seorang isteri apabila penantian penuh debar selama hampir 48 jam akhirnya ternoktah dengan sebuah perkhabaran yang meragut seluruh jiwa raganya. Di jeti Tok Imam Yie, Kedai Piah hari ini, suasana bertukar pilu dan meruntun hati apabila jasad Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, akhirnya dibawa ke darat. Sebaik sahaja kelibat jasad kaku suami tercinta tiba di jeti berkenaan, isterinya, Nor Asnida Mohd Tarmizi, 32, tidak lagi mampu membendung rasa duka. Wanita itu dilihat meraung sekuat hati sebelum rebah ke tanah, meratapi pemergian insan tersayang sebelum dipapah dan ditenangkan ahli keluarga yang berada di sisi. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak Ahad lalu akhirnya menemukan mangsa kira-kira jam 8 pagi Selasa. Jasad mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di bawah sebuah pam menyedut pasir di Kampung Chekok, Serendah oleh penduduk kampung yang turut serta membantu pencarian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Fakaruddin Brahim menjelaskan bahawa jasad mangsa ditemui pada jarak kira-kira 20 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh. “Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mayat seorang lelaki berada di kawasan tersebut. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita. Imbas kembali kejadian pada jam 8.30 pagi Ahad lalu, mangsa yang bekerja sebagai pengorek pasir menggunakan jentera berat dipercayai terjatuh dari sebuah bot ke dalam sungai di pangkalan pasir Kampung Chekok, Serendah. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Tuesday 03 November 2026 13:00:00 GMT
Music
Download
Comments
Maziah Mohamad 🌜✨🔮 :
انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematiannya, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
. ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُيَا رَبَالْعَالَمِيْن 🤲🏼
2026-11-03 13:25:24
39
Saezanis :
takziah..lemas ke?.. maaf bertanya
2026-11-03 13:30:49
13
RayGen :
pergi mencari nafkah pulang dgn syahid Salam Takziah
2026-11-04 02:00:03
3
محمد شحريل ٨٨ :
إِنَا لِلَٰهِ وَإِنَا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
2026-11-03 16:29:48
3
SunitaAzuraIsmail :
Innalillahhiwainnailaihirojiun 😭
Moga diampunkan dosa2 arwah dan ditempatkan bersama2 org beriman
Salam takziah bt keluarga tercinta 😓
2026-11-04 00:45:22
4
aiDy89 :
Takziah,m buat ahli keluarga yg Di tinggalkan.. Semoga dipermudahkan urusan Dan kuat menghadapi ujian Allah..
2026-11-03 22:48:41
3
Asfarah :
Allahu. innalillahiwainnailaihirajiun. Arwah pegi semasa mencari rezeki
2026-11-03 15:54:55
6
Zamri862 :
Alfatihah 🤲🤲🤲 takziah buat keluarga arwah
2026-11-03 13:06:59
5
Genryusai_Raydzen :
Pergi kerana kerja pulang sebagai syahid salam takziah Al-Fatihah
2026-11-03 15:02:23
3
Ena Nurliena :
Innalillahi wainna ilaihirojiun
2026-11-03 15:54:40
1
rapunzel :
al fatihah
2026-11-03 18:08:07
1
Aslyza :
Innalillahiwainailahirojiun… salam takziah
2026-11-03 18:12:59
1
watieisa79 :
Salam takziah..
2026-11-03 15:55:12
1
Rahmat Sulaiman :
Innalillahiwainnalillahirajiun
2026-11-03 15:49:08
1
AinshahAli :
menghilang?
2026-11-03 16:44:12
1
Lolahillda :
2026-11-03 16:06:08
1
Azie 88 :
Al-fatihah
2026-11-03 13:08:36
2
perodua 01 :
Alfatihah
2026-11-03 16:02:10
1
hawacamila :
Innalillahiwainailahirojiun… salam takziah
2026-11-03 16:37:11
1
Afzal Khan Aslam :
2026-11-03 13:06:46
1
rizqi ilahi :
وَلَا حَوْلَوَلَا قُوَةَإِلَا بِٱللَهِ ٱلْعَلِيِّٱلْعَظِيمِ
آمِينَيَا رَبَٱلْعَالَمِينَ😭
2026-11-04 02:40:15
0
PrincePersia@Sahara :
2026-11-04 03:13:37
0
Azmi Aris :
Innalillah wainnalaihirojiun semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman serta beramal Soleh.
2026-11-04 03:11:55
0
Asmahnizam :
semoga keluarga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT....semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman...😭😭😭
2026-11-04 02:48:55
0
Gear6 Cards :
2026-11-03 13:20:04
0
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.