@lobakmerahmy: Tindakan seorang wanita yang sebelum ini tular kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan mengasari pengunjung di sebuah pusat beli-belah di ibu negara akhirnya membawa padah apabila dia berjaya ditahan pihak berkuasa hari ini. Suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan oleh pihak polis di Bandar Sri Damansara kira-kira jam 5.40 petang. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin mengesahkan tangkapan tersebut bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku baru-baru ini. "Polis telah menahan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes melibatkan gangguan terhadap pengunjung dan pelanggan di sebuah pusat beli-belah, yang dilaporkan pada 1 November." "Wanita tersebut mengaku terlibat dalam insiden berkenaan semasa disoal siasat oleh pihak penyiasat," katanya dalam satu kenyataan media. Terdahulu, pihak polis giat mengesan wanita berkenaan selepas menerima tiga laporan berasingan membabitkan tindakannya yang didakwa menolak serta mencederakan para pengunjung di pusat beli-belah terbabit. Bukan itu sahaja, polis turut menerima satu lagi laporan berhubung insiden pada hari yang sama, di mana wanita tersebut didakwa bertindak menolak dan memukul dua orang anaknya sendiri. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Wednesday 04 November 2026 06:15:00 GMT
Music
Download
Comments
rhmvn_08.. :
mana dah komen yg kecam laki tu🫣
2026-11-04 06:20:23
52
Siang :
Laki tu pun pukul Perempuan tak kene tahan ke
2026-11-04 08:47:16
2
hadif😎😎 :
bagi seumur hidup masuk penjara
2026-11-04 08:46:25
1
hairi :
tangkap jamin lepas😁
2026-11-04 07:05:29
2
✴꧁ᬊᬁ Hatsune Miku ᬊ᭄꧂ ✴ :
Alhamdulillah
2026-11-04 06:21:47
10
norhayatimohdyu15 :
sumbat dalam penjara
2026-11-04 06:53:02
7
Nurqalbu :
alhamdulillah. TQ Pdrm
2026-11-04 06:55:24
7
𝙖𝙙𝙖𝙢_𝙩𝙝𝙚𝙣𝙞𝙠𝙠𝙚𝙧ᥫ᭡ :
mantap
2026-11-04 06:19:34
1
salomah32 :
ada 3 lg dakwaan org yg dikasari wanita tue
2026-11-04 06:56:13
3
yuuimaaa :
2026-11-04 06:21:40
2
MR33 :
👍
2026-11-04 06:51:38
1
b.jetski :
🔥terbaik
2026-11-04 06:29:58
2
Khairul Azmi :
TERBAIK PDRM SALUTE RESPECT 💯💯💯💯💯💯
2026-11-04 11:53:35
0
ᶠⁱʳᵘˢ :
2026-11-04 06:19:57
1
zaty :
2026-11-04 06:26:08
0
reen :
2026-11-04 06:43:32
0
sitizuraidahahmad :
Good job
2026-11-04 08:29:24
1
calla0.97 :
good
2026-11-04 07:16:20
0
Aryiem :
Jgn buat plot twist plk ye...kang tiba2 brader tu plk yg naik court...faham2 je la kan...sbb yg buat onar tu...ehem2...nnt dtg plk yg back up...tahu2 org lain yg kena dakwa...
2026-11-04 07:01:53
2
user81991135636208 :
Berapa ramai anak2 yg dia tampar dlm mall tu? Adakah mangsa yg dia pilih ikut bangsa? Matlamat dia apa?
2026-11-04 07:16:52
0
hazi-kun :
alhamdulillah dia tahan yg perempuan
2026-11-04 06:23:50
4
Dan :
siapa laki ni, dia hero. saya nak belanja dia
2026-11-04 06:37:45
2
hanif :
laaa bukan kad oku ke yg pukul budak tu?
tanya je..
2026-11-04 06:32:41
2
mr_jakyll :
she is 25 y/o btw
2026-11-04 10:21:54
0
﮼شارول :
Belum oyen yang turun tangan
2026-11-04 06:42:38
1
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.