@kedaimacambest: WARGA EMAS MAUT DILIBAS PENYAMUN DENGAN PARANG DI TELUK INTAN PERAK Seorang warga emas maut selepas dilibas senjata tajam dipercayai parang oleh sekumpulan penyamun dalam kejadian di Pekan Baru di sini pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.02 pagi ketika isteri mangsa berada di halaman rumah untuk persiapan sembahyang manakala mangsa sedang berehat di dalam rumah. Menurutnya, tiga lelaki bertopeng dipercayai memanjat tembok hadapan sebelum menyerbu masuk ke dalam kediaman mangsa dan mengugutnya bagi mendapatkan barang kemas. "Dalam kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah akibat dilibas dengan senjata tajam dipercayai parang di tangan kanan dan tapak tangan kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Kesemua suspek telah melarikan diri sejurus kejadian bersama barang kemas dan wang tunai milik mangsa. Jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Kok Lian berkata, pihak polis kini sedang giat mengesan tiga suspek lelaki yang dipercayai berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. CREDIT TO BERNAMA #kestetak #tetak #wargaemas #wargaemasmaut #kesbunuh
MacamBest
Region: MY
Wednesday 04 November 2026 08:13:39 GMT
Music
Download
Comments
Budak@Sawit :
penjara seumur hidup.. jangan kasi lepas pejanayah macam nie
2026-11-04 10:51:08
1111
BungaElly :
Type ape geng
2026-11-04 11:18:58
56
Aziz5577 :
type ape ni
2026-11-04 13:41:50
108
💞Puan _Haida🌹🥰 :
sedih nye..lg berape hari jer nk sambut deepavali😔keciannye kat family mangsa
2026-11-04 10:55:41
461
Mad Kermit :
rcky
2026-11-04 12:48:19
83
Spicy curry 🙏 :
Rocky 🙏 amma
2026-11-04 13:35:10
26
Addin90 :
K
2026-11-04 13:08:56
19
Bala Kala :
life gone
2026-11-05 08:19:55
0
eyqal🇵🇸 :
silap ii 5 tahun Yo,undang ii sekarang bukan buleh percaya bona 😂
2026-11-04 10:59:58
183
S_Mariam :
semalam ada 1 lagi kes bunuh dekat t.intan juga..tetak juga..nampak macam mangsa tu bangsa sama ni juga...moga pelakunya dapat cepat ditangkap juga..
2026-11-04 11:02:22
85
rosli :
pls youngsters pls think 10 time to do any crime,I begging you all
2026-11-05 03:46:26
0
Vijay Nadarajah :
No mercy for such crime.
2026-11-04 11:13:41
45
KKamalaz :
Last2 kena penjara je….bodoh pnya hukuman…buang duit kerajaan nak bg mkn
2026-11-04 15:58:57
35
empir@ :
apa hukuman paling sesuai untuk pembunuh
2026-11-04 11:15:26
64
lin da :
sampai hati bunuh warga emas...kembalikan hukuman mati
2026-11-04 15:39:39
53
Kumar :
Masuk penjara seumur hidup,kalau nak kurangan kes macam ini
2026-11-04 14:41:13
9
Lethcumy_12 :
semuah bangsa ada buat kesalakan....
2026-11-04 16:42:50
42
yosato :
jgn bg pmbunuh ni pasang peguam
2026-11-04 12:19:19
23
ABBY AR NUENG ❤️ :
pelaku bunuh tu HUKUMAN MATI LEBIH SESUAI
2026-11-04 14:07:16
14
Ayan24 :
hukum bagi berat kalo kes bunuh.. kalo penjara saja bila keluar buat lagi tu
2026-11-04 16:07:00
5
Jai hunt :
Ape kes nk bunuh tu...semalam pun kes tetak juga
2026-11-04 11:04:54
22
Rosalekka Salim :
msia semakin parah
2026-11-04 10:51:54
53
awiepixz :
Belia negara ni mna ble hukum mati lepas jelaa ...
2026-11-04 14:30:15
11
Tokbiyeh :
berdepan hukuman mati...percaualah nnti semua kena penjara jer xkena hukuman mati
2026-11-04 15:16:40
6
jashim Uddin :
pdrm terbaik di dunia nbr1 ❤️❤️❤️❤️❤️❤️
2026-11-04 10:37:23
57
To see more videos from user @kedaimacambest, please go to the Tikwm
homepage.