@unishams.official: 🎓 MENGURUS MADAD TIDAK MENGHALANG USTAZ YAAKUB YUSRA MENYELESAIKAN PENGAJIAN SARJANA PENGURUSAN Kesibukan menguruskan MADAD bukan penghalang buat Ustaz Yaakub Yusra untuk terus menuntut ilmu sehingga berjaya menamatkan pengajian Sarjana Pengurusan di UniSHAMS. Kejayaan ini membuktikan bahawa komitmen terhadap tanggungjawab dan kesungguhan dalam menuntut ilmu mampu berjalan seiring. Tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan. Semoga ilmu yang diperoleh terus dimanfaatkan untuk masyarakat dan ummah. #unishams #unishams_wadikecemerlanganummah #jommasukunishams #unishamskonvo