@jeanwhite77: @RebeccaDanielle💚

Jean White❌
Jean White❌
Open In TikTok:
Region: US
Wednesday 04 November 2026 15:19:43 GMT
188
7
3
1

Music

Download

Comments

godschosenchild84
✝️ Justin ✝️ :
Happy Birthday 🎂🎁
2026-11-04 15:25:06
0
brandonwhite1977
Mad Max❌️ :
happy birthday young lady
2026-11-04 19:54:55
0
itsmesusanlove
Susan Love :
Happy Birthday, Becca! 🎉🎉
2026-11-04 15:32:08
0
To see more videos from user @jeanwhite77, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan seorang anak angkat yang dilahirkan di Malaysia dan tidak diketahui identiti ibu bapa kandungnya sebagai warganegara Malaysia mengikut kuat kuasa undang-undang. Hakim Moses Susayan memutuskan kanak-kanak itu berhak mendapat kewarganegaraan berdasarkan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Bahagian II dan III Jadual Kedua Negara (JPN) membetulkan rekod kelahiran kanak-kanak berkenaan serta mengeluarkan sijil kelahiran dan MyKad yang mengiktiraf status kewarganegaraannya dalam tempoh 30 hari. Dalam penghakimannya, hakim mendapati kanak-kanak itu layak mendapat kewarganegaraan di bawah Seksyen 1(a) Bahagian II, dibaca bersama Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mentafsirkan peruntukan berkenaan secara luas bagi merangkumi bayi baru lahir yang ditinggalkan ketika atau tidak lama selepas kelahiran, khususnya apabila identiti ibu bapa kandung tidak dapat dikenal pasti. Mahkamah turut mendapati pihak kerajaan gagal membuktikan bahawa ibu kandung kanak-kanak itu bukan pemastautin tetap di Malaysia ketika kelahirannya. Sebagai alasan alternatif, mahkamah memutuskan kanak-kanak itu juga layak mendapat kewarganegaraan di bawah Seksyen 1(e), dibaca bersama Seksyen 2(3) Bahagian II Jadual Kedua, kerana tiada bukti menunjukkan dia mempunyai atau memperoleh kewarganegaraan negara lain dalam tempoh setahun selepas dilahirkan. Hakim menegaskan kanak-kanak berkenaan tidak sepatutnya menanggung akibat kesalahan orang dewasa atau siasatan yang tidak menghasilkan kesimpulan.
Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan seorang anak angkat yang dilahirkan di Malaysia dan tidak diketahui identiti ibu bapa kandungnya sebagai warganegara Malaysia mengikut kuat kuasa undang-undang. Hakim Moses Susayan memutuskan kanak-kanak itu berhak mendapat kewarganegaraan berdasarkan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Bahagian II dan III Jadual Kedua Negara (JPN) membetulkan rekod kelahiran kanak-kanak berkenaan serta mengeluarkan sijil kelahiran dan MyKad yang mengiktiraf status kewarganegaraannya dalam tempoh 30 hari. Dalam penghakimannya, hakim mendapati kanak-kanak itu layak mendapat kewarganegaraan di bawah Seksyen 1(a) Bahagian II, dibaca bersama Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mentafsirkan peruntukan berkenaan secara luas bagi merangkumi bayi baru lahir yang ditinggalkan ketika atau tidak lama selepas kelahiran, khususnya apabila identiti ibu bapa kandung tidak dapat dikenal pasti. Mahkamah turut mendapati pihak kerajaan gagal membuktikan bahawa ibu kandung kanak-kanak itu bukan pemastautin tetap di Malaysia ketika kelahirannya. Sebagai alasan alternatif, mahkamah memutuskan kanak-kanak itu juga layak mendapat kewarganegaraan di bawah Seksyen 1(e), dibaca bersama Seksyen 2(3) Bahagian II Jadual Kedua, kerana tiada bukti menunjukkan dia mempunyai atau memperoleh kewarganegaraan negara lain dalam tempoh setahun selepas dilahirkan. Hakim menegaskan kanak-kanak berkenaan tidak sepatutnya menanggung akibat kesalahan orang dewasa atau siasatan yang tidak menghasilkan kesimpulan. "Kanak-kanak itu tidak sepatutnya menanggung akibat salah laku kedua-dua orang dewasa dan siasatan yang tidak konklusif," katanya dalam penghakiman itu. Beliau turut menjelaskan kanak-kanak berkenaan tidak terbabit dalam sebarang penipuan ketika pendaftaran kelahirannya dibuat. "Kanak-kanak itu tidak mempunyai suara dalam proses pendaftaran asal dan tidak melakukan sebarang penipuan. Jika berlaku pemalsuan, ia berpunca daripada orang dewasa, dan individu yang bertanggungjawab sudah berdepan prosiding jenayah," katanya. Kes itu membabitkan pasangan yang menerima seorang bayi daripada saudara mereka untuk dijadikan anak angkat. Pasangan berkenaan pada awalnya mendaftarkan bayi itu sebagai anak kandung mereka, namun JPN kemudian menggugurkan maklumat mereka selepas mendapati mereka bukan ibu bapa biologi kanak-kanak terbabit. Ibu angkat itu kemudiannya didakwa dan dikenakan hukuman berhubung pemberian maklumat palsu ketika pendaftaran, manakala pasangan berkenaan memperoleh perintah pengangkatan selepas itu. Bagaimanapun, rekod kelahiran kanak-kanak itu menyatakan maklumat ibu bapanya tidak diperoleh, sementara status kewarganegaraannya direkodkan sebagai 'Bukan Warganegara'. Mahkamah menolak hujah bahawa status pasangan angkat sebagai warganegara Malaysia dengan sendirinya melayakkan kanak-kanak itu mendapat kewarganegaraan di bawah Seksyen 1(a), namun membenarkan permohonan berdasarkan dua peruntukan perlembagaan lain. "Bagi alasan yang dinyatakan, saya mendapati kanak-kanak itu ialah warganegara Malaysia mengikut kuat kuasa undang-undang," katanya. Permohonan itu dikemukakan terhadap Ketua Pengarah JPN, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia. Pasangan berkenaan diwakili peguam Agalya J Munusamy dan Kritika Padmanapan, manakala pihak responden diwakili Norazlinawati Mohd Arshad daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.

About