@tazkirahhatikita: Satu hari nanti, ramai yang merayu: "Ya Allah, kembalikan aku sekejap saja…" 🥀 Selagi roh belum sampai ke halkum, setiap Bismillah, setiap Subhanallah, malah setiap sepuluh sen yang kita masukkan kerana Allah — semuanya dikira kebaikan. Pesan Ustaz Wadi Anuar: di alam barzakh, ramai yang menyesal dan memohon untuk kembali buat amal soleh. Tapi jawapan Allah jelas. Firman Allah SWT: كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا "Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu hanyalah kata-kata yang diucapkannya sahaja." (Surah al-Mu'minun 23:100) 🎙️ Disampaikan oleh: Ustaz Wadi Anuar Selagi masih ada masa — jom zikir sekarang. Tulis "Subhanallah" di komen. 📿 #UstazWadiAnuar #Zikir #AlamBarzakh #Tazkirah #PeringatanDiri