@berita.ks: MASJID TANAH, 5 Nov - Barisan Nasional (BN) Melaka mendakwa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini berlangsung dalam suasana matang dan berhemah tanpa menjurus kepada politik kebencian, hasutan serta fitnah. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, pendekatan itu mencerminkan kematangan politik yang diamalkan parti berkenaan sepanjang lima hari kempen, selain menunjukkan semua parti menghormati batas dalam berkempen. Beliau berkata, gerak kerja jentera BN berjalan lancar dengan sambutan menggalakkan terhadap ceramah yang dianjurkan, selain suasana kempen memperlihatkan amalan politik matang berteraskan adat dan budaya masyarakat Melaka. “Kita melihat kempen politik kali ini berjaya meletakkan satu garis sempadan yang cukup baik, berhemah dan tidak dilepasi oleh mana-mana parti. "Ini satu politik matang yang lahir daripada adat dan budaya orang Melaka," katanya ketika berkempen di Tanjung Bidara, malam tadi. Mengulas kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN), Ab Rauf yang juga calon BN bagi DUN Tanjung Bidara menyifatkan hubungan kedua-dua gabungan itu berada pada tahap terbaik apabila gerak kerja kempen dilaksanakan bersama. "Semua gerak kerja kita jalankan bersama. Kita berkempen, orang PAS datang, orang PN datang. "Ia memberikan satu keputusan dan rumusan yang cukup baik untuk kita bersama-sama meneruskan kempen ini dalam suasana politik yang begitu matang," katanya. Kredit: Harian Metro #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Thursday 05 November 2026 05:00:00 GMT
Music
Download
Comments
Basiran Bin Yusof :
Cakap ni pun dah Nampak benci kat orang
2026-11-05 06:06:50
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.