@merotai: Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan menjalankan kerja-kerja pengujian bagi Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok, Jumaat (6 November 2026) membabitkan dua lokasi terpilih di daerah Tawau. Sehubungan dengan itu, orang ramai dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan dinasihatkan supaya bertenang serta tidak panik apabila mendengarkan bunyi siren amaran tersebut. Ini kerana ia hanya satu sesi ujian rutin berkala sahaja. Butiran masa dan lokasi ujian adalah seperti berikut: 📍 Lokasi 1: Masjid Al-Kauthar, Tawau, Sabah ⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 pagi 📍 Lokasi 2: Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Tawau, Sabah ⏰ Masa: 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Pihak MET Malaysia akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang pindaan atau perubahan jadual kelak. Sila kongsikan maklumat ini agar ahli keluarga dan jiran tetangga tidak cemas! #Merotai