@ohmymedia.cc: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa Kerajaan Persekutuan supaya memperkukuh kawalan sempadan dan memperkemas pengurusan pelarian bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara. Menerusi Titah Diraja sempena Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-121, baginda berpandangan isu lambakan warga asing termasuk keberadaan pelarian yang tidak diurus secara teratur perlu diberikan perhatian serius kerana boleh menimbulkan cabaran terhadap keselamatan, kesejahteraan sosial, kebersihan persekitaran dan ketenteraman awam. Dalam titah tersebut, baginda turut berpandangan bahawa sudah tiba masanya kerajaan membuat penilaian menyeluruh terhadap kewajaran meneruskan operasi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia. Malah, kerajaan diminta mempertimbangkan kemungkinan menamatkan operasi berkenaan sekiranya fungsi dan keberkesanannya tidak lagi memenuhi keperluan serta kepentingan negara. “Kehadiran sesebuah organisasi antarabangsa seharusnya membantu meringankan beban negara, bukannya mewujudkankeadaan yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat tempatan. “Jangan sampai atas nama kemanusiaan, kedaulatan negara dipandang ringan; dan jangan pula atas nama perlindungan, undang-undang negara seolah-olah kehilangan keutamaannya. “Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara yang berperikemanusiaan, tetapi tidak sesekali boleh menggadaikan kedaulatan dan keselamatannya atas nama kemanusiaan,” titah baginda. Baginda juga menegaskan bahawa setiap individu yang berada di Malaysia wajib menghormati undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa tanpa mengira asal usul mahupun latar belakang. Sehubungan itu, baginda mahu tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tegas, adil dan berlandaskan undang-undang. Baginda turut menegaskan tanggungjawab utama kerajaan adalah mempertahankan kedaulatan negara, menjunjung keluhuran undang-undang serta menjamin kesejahteraan rakyat. Titah Diraja tersebut disampaikan ketika Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-121 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 3 November lalu.
Oh My Media
Region: MY
Thursday 05 November 2026 15:35:00 GMT
Music
Download
Comments
Taming Sari :
tukar kerajaan sekiranya mahu isu UNHCR diselesaikan
2026-11-05 20:38:27
4
Ku yah :
salute dgn Sultan Pahang bersuara... kalau tidak macam2 lagi tak mengikut kedaulatan negara
2026-11-06 03:19:37
2
LONE'PRO:PERTY :
Alhamdulillah Terbaik Tuanku.. ketegasan hari ini keamanan keselesaan generasi akan datang.
2026-11-05 19:18:56
6
Brisinggora 💥 :
daulat tuanku
2026-11-06 00:53:41
3
jsutrio :
banyak sudah perkara sekarang diamal kita yang mengganggu gugatkan kedaulatan negara kita termasuk memberi kebenaran kepada golongan yang mengguna kelonggaran yang diberi kita untuk menggoyah kesatuan bangsa Malaysia. undang² negara dan kekecualian negara kita harus dihormati.
2026-11-05 23:02:30
1
Paridah Omar :
🤲🤲🤲🤲teruskan bersuara wahai Tuanku🥰🥰🥰
2026-11-05 22:05:50
1
,,عائشة,, :
terbaik tuanku
2026-11-05 21:42:43
1
M.shafiq :
raja pahang jugak duk bunyi.. agong buat apa ni?. yang patut bunyi bab2 ni adalah agong sekarang.. sebab dia dah jadi agong.. tangungjawab dia.. aku pelik la.. 🤣🤣🤣
2026-11-06 01:35:58
2
Matt off :
🤔🤔
2026-11-06 03:32:49
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm
homepage.