@melakatv: CIKGU MUSTAFA SAMBUNG LEGASI KEPIMPINAN ZAHARI DEMI DURIAN TUNGGAL 6 November - Kesediaan Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Zahari Kalil meneruskan perjuangan parti dan membantu calon baharu membuktikan kematangan serta keikhlasan berkhidmat demi masa depan rakyat, kata Calon Barisan Nasional (BN) DUN berkenaan, Datuk Mustafa Musa. Jelasnya, beliau menghargai jiwa besar penyandang terdahulu itu yang bukan sahaja menerima peralihan kepimpinan, malah bersedia turun padang bersama-sama membantu sepanjang tempoh kempen. Menurutnya, segala inisiatif yang baik dijalankan Datuk Zahari sebelum ini akan diteruskan sekiranya diberi mandat memimpinn masyarakat di Durian Tunggal. 🎥 Zaidi Yaacob #MustafaMusa #BarisanNasional #BN #Melaka #MelakaTV