@mediaselangor: Bantuan e-baucer RM150 yang disumbangkan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) sempena Deepavali membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah membuat persiapan perayaan, khususnya ketika berdepan peningkatan kos sara hidup. Rata-rata penerima berkata pemberian bantuan dalam bentuk baucer lebih praktikal kerana penerima bebas memilih barangan mengikut keperluan keluarga berbanding menerima sumbangan barangan yang mungkin tidak digunakan. #MediaSelangor #KlikSemasa #KPSBerhad #ebaucar