@newswav: Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Shafika mengenai sikap pekerja lelaki di restorannya, Pok Tie Tomyam yang terletak di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, johor. Menerusi hantaran di media sosial, pengguna @shafikasauti, Shafika berkongsi sikap pekerja lelaki dikenali sebagai Wan Afifi yang disifatkannya sebagai komited dan dianggap dari syurga. Semuanya gara-gara perangai staf itu yang tidak duduk diam dan sentiasa memastikan ada kerja yang dibuat olehnya tanpa disuruh. “Hujan ribut panas berdenting kedai bukak pukul 3, pukul 2 dia dah terpacak. Tak ada kerja, cari kerja. Order tak ada, macam-macam dia buat asal bergerak,” kongsinya. Lebih mengagumkan, sikap komited Wan Afifi terhadap tugasnya dapat dilihat ketika waktu operasi restoran itu tamat sehingga Shafika sendiri kadangkala terpaksa ‘menghalau’ stafnya itu pulang ke rumah. “Kedai tutup jam 2 pagi, stay (tunggu) sampai 4 pagi. Kopek bawang la, potong carrot (lobak merah), macam tak ada hari esok,” kongsinya. Kongsi Shafika bahawa Wan Afifi telahpun bekerja dengannya selama lima tahun sehingga dianggap seperti keluarga sendiri. “Awalnya dia hanya pembantu kedai dan tukang buat air. Tapi dah lama dia dengan saya. Macam-macam dah dia boleh buat, termasuk masakan panas,” kongsinya. Malah, ketika arwah bapanya meninggal, stafnya itu jugalah yang membantu dia menguruskan jenazah bapanya. “Semasa arwah abah saya meninggal, dia ada dengan saya. Mandikan dan uruskan arwah. Sampai liang lahad,” jelasnya. #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia #fyp #tiktok #viral
Newswav
Region: MY
Friday 06 November 2026 04:30:00 GMT
Music
Download
Comments
girl :
Sblm kita nak org lain jd baik so kita mulakan dgn diri sendiri utk jd baik.
Mgkn BOSS juga seorg yg baik jd Allah hantar org yg baik utk BOSS.
#BERBUAT BAIK LAH DGN SIAPA PUN DAN PADA BILA2 MASA PUN.
#WHATBU GIVE U GET BACK.
2026-11-06 05:29:11
30
Oyen Malaya 🐯 :
majikan pun jgn berkira pp pulak..dpt staff bagus mcm tu
2026-11-06 04:53:19
133
rathalos :
aku bukan malas, cuma tak rajin
2026-11-06 09:20:49
5
Rohani Hani :
rrezeki,jaga baik baik[Heartwarming][Heartwarming][Heartwarming][Heartwarming][Heartwarming][Heartwarming][Heartwarming]
2026-11-06 08:56:51
0
Tumas :
kadang aku mcm ni lepas kena air teh
2026-11-06 06:49:12
26
𝕭𝖊𝖆𝖗𝖟™ :
over
2026-11-06 05:02:40
1
Mohd Asri Bakar :
Saya yg hensem ini pun bangga & terharu...
2026-11-07 00:36:43
0
. :
aku pun dulu macam ni pekena ngan api terbang,takda api...jumper pun boleh 😂
2026-11-06 07:16:56
5
Abang Korea 1 :
Bila dah rajin kompom bos janjikan macam macam… tapi last last emmmmm😪
2026-11-06 08:35:21
0
IBUADLI :
Dulu sy ade kwn sekerja dr medan.kiteorg pnggil din.kiteorg keja dgn abg ipar.warung tu tepi jln besar. Dia mmg rajin.keja dia masak. Tp bile dh hbis msk, dia bsuh pnggn. Dah xde keja, dia g sapu jalan raya.. Sbb dia mmg cleaner pasar. Keja warung part time je. Rajin dia mmg xpnh sy jumpe.tp kesian.. Thn 2024 dia kena strok.terus kena hntr kampung.x lame tu medan kena banjir teruk. Hbis umah dia. Harap dia dh sihat
2026-11-06 11:49:19
5
Sufri Amirol :
Jaga elok2 pekerja mcmtu.. Susah nk jumpa dh ni.. Makin pupus..dlm dunia ada2 orang ja.. Dia dan sya sorang lagi[Tears of joy][Tears of joy]
2026-11-06 08:23:17
3
😎 Zack24 🍉 :
mestilah juga bos dia org yg baik dan tak berkira dgn dia..kalau tak, mana mau nya dia nak rajin mcm tu..
2026-11-06 09:03:38
2
izat.. :
Orang kata la..putuih tali kasut xjumpa dah pekerja mcm ni..jaga la elok2..jaga kebajikan pekerja itu yg penting..🤗
2026-11-06 06:23:56
3
kataque :
mungkin dia cuma nak tempat dia bekerja dalam keadaan bersih
2026-11-06 05:37:02
1
aaden :
Susah nak cari pekerja mcm ni sekarang.. diaorg bekerja dari hati.. majikan jaga la baik2.. jaga kebajikan dia.. insyallah dia akan terus setia
2026-11-06 10:35:22
1
permata biru :
kalau kita Keja dgn ikhlas,minat mmg JD mcm ni la...tapi sebenarnya ikut boss jugak...Klau boss baik,x berkira pekerja JD rajin...tapi ada jugak pekerja yg ambik kesempatan dgn boss yg baik ni
2026-11-06 06:51:25
1
YOU :
gaji pun kene dri syurga la,puji je tkle laa 😁
2026-11-06 12:15:38
1
amokcokicoki :
bukan senang nk dpt staff mcmni yg buat keja dgn rasa puas di hati Dan matanya😊
2026-11-06 05:33:09
1
🇲🇾alongmemey🇯🇴 :
harap majikan naikkan gaji dia biar setara drngan kerja yg dia buat..😌
2026-11-07 01:11:10
5
🇲🇾 Fauzi abas 🇵🇸 :
org rasa untung je mudah buat lebih.
budak macam tu jugak mintak mak basikal,mak cakap dapat no 1 periksa nanti mak beli dia akan Cuba manusia punya benda macam tu dengan tuhan macam tu jugak nak syurga kena jaga sebab benda tu di rahsiakan yang betul-betul ikhlas je dapat.
2026-11-07 00:57:53
0
hijau pucuk pisang :
tu nmnya tanggungjawab kerana Allah... terbaik bro...
2026-11-06 23:49:43
0
Sunker Bike :
Awak intai dia? sebenarnya, dia pun lagi intai, nk hambat awak bkn Boss dia. 🤭😂
2026-11-07 04:20:30
0
wawa :
1 dlm seribu
2026-11-07 02:32:32
0
Kirei_Hanabi :
Naik kan gaji dia.. Ada adik perempuan.. Lock dia jd adik ipar.. Tu pun kalau dia bujang.. Org baik ni jarang jumpa depan2..😁
2026-11-07 04:50:34
0
Acheyybos :
klu ikhlas berkerja mmg hasilnya lumayan
2026-11-06 05:34:34
0
To see more videos from user @newswav, please go to the Tikwm
homepage.