@sinarharianonline: Lebih 1.3 juta peranti set-top box (STB), kebanyakannya kotak Android TV, dikesan dijangkiti malware (perisian hasad) dan dijadikan sebahagian daripada botnet XCPE iaitu rangkaian peranti yang boleh dikawal penjenayah siber dari jauh tanpa pengetahuan pemiliknya. Lapor media antarabangsa, syarikat gergasi teknologi, Google mengaitkan operasi itu dengan Videostrong Technology Co, pengeluar peranti Android berpangkalan di Shenzhen, China, yang dipercayai menyembunyikan akses rahsia dalam perisian perantinya sejak peringkat pengeluaran. #sinarharian #beritaterkini #malware #settop #shenzhen