@amethakeen: China Bina Kubah Gergasi Setinggi 15 Tingkat? China membina sebuah kubah gergasi setinggi 15 tingkat untuk menutupi tapak pembinaan di tengah bandar. Menariknya, struktur ini tidak memerlukan tiang sokongan kerana hanya bergantung pada tekanan udara. Teknologi ini juga membantu mengurangkan habuk dan bunyi bising supaya penduduk berhampiran tidak terganggu dengan kerja pembinaan.